Unit Maklumat Palsu PKR


DSC_0168-300x198

Empire Strikes Back

Bagi melaksanakan perang saraf secara terancang, PKR telah menubuhkan satu unit khas di bawah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Rafizi memang dikenali sebagai ‘pakar strategi’ di dalam PKR kerana kebolehannya memanipulasi maklumat tidak kira sama ada maklumat tersebut palsu atau tidak.

Unit ini sebenarnya dimulakan oleh bekas pelajar-pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK ‘Old Boys’ atau budak koleq) sewaktu PKR yang pada waktu itu dikenali sebagai PKN ditubuhkan pada 1999. Ia turut dianggotai oleh MCKK ‘Old Boys’. Secara kebetulan pula, Rafizi juga merupakan salah seorang daripada MCKK ‘Old Boys’.

Sewaktu tahun 1999, unit ini dipanggil sebagai unit ‘penyelidikan dan pembangunan’ yang mengkhusus kepada penyelidikan isu-isu yang boleh digunapakai bagi menggugat atau menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad, Umno dan juga Barisan Nasional.

Tugas unit ini adalah untuk menembusi dinding-dinding rahsia serta menggali sedalam mungkin bagi mendapatkan maklumat-maklumat mengenai kerajaan juga pemimpin-pemimpin kerajaan yang kemudiannya didedahkan kepada umum.

Pada masa kini, mungkin kerana terdesak, unit ini mula membuat pendedahan demi pendedahan yang telah dimanipulasikan kebenarannya seperti grafik di bawah.

Cerita dongeng mengenai Sheikh Hasina, Perdana Menteri Bangladesh, yang didakwa mahu ‘berhijrah’ ke Malaysia dan kemudiannya bertanding bagi merebut pemerintahan Malaysia pada 2018 kerana ramainya warga Bangladesh di sini adalah contoh terbaik bagi membuktikan betapa dangkalnya cara unit ini berfikir. Menukar satu tragedi kepada jenaka politik adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sesiapa pun.

Permasalahan yang timbul daripada strategi yang sebegini adalah momentumnya tidak mampu bertahan lama malah kebenarannya akan cepat sekali dibongkar.

Pendedahan-pendedahan palsu dan murahan seperti ini hanya akan menggeletek penyokong-penyokong tegar pembangkang dan memberi hanya sedikit impak kepada yang lain.

Mungkin unit ini, juga Rafizi sendiri perlu meningkatkan tahap kecekapan mendapatkan maklumat juga tahap minda mereka dan menjauhkan diri dari terus menggunakan maklumat-maklumat palsu bagi memperbodoh-bodohkan rakyat.

READ MORE HERE

CNN

 

 



Comments
Loading...