‘Ops Cantas’ dalam DAP


Lims-300x126

Empire Strikes Back

Sikap gila kuasa DAP tidak terhad kepada parti itu sahaja malah di dalam Pakatan Rakyat sendiri. Tindakan ‘potong jalan’ di kawasan-kawasan yang dilihat sebagai ‘favorite’ di Johor sewaktu PRU13 menampakkan kerakusan DAP dalam mengukuhkan kuasa mereka tanpa mengira siapa pun yang ‘terkorban’.

Terbaru, dua pemimpin DAP iaitu bekas ADUN Senai yang juga Timbalan Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng dan juga bekas ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang meminta supaya Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau supaya tidak bertanding semula jawatan tersebut dalam pemilihan parti yang dijadualkan pada Januari depan. Alasan yang diberikan adalah kerana Dr. Boo telah memegang jawatan tersebut untuk 3 penggal.
Apa yang melucukan, jika hanya atas alasan tersebut, mungkin ada yang patut bersuara dan meminta supaya Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh meletak jawatan dan memberikan laluan kepada pemimpin yang lebih muda kerana mereka juga telah terlalu lama berada dikedudukan mereka sekarang.

Menamakan penyandang ADUN Kluang, Liew Chin Tong dan ADUN Kulai, Teo Nie Ching sebagai ganti yang layak menerajui DAP Johor, Ong menggunakan keputusan pemilihan CEC sebagai kayu pengukur kebolehan Liew. Apa yang mungkin Ong lupa adalah proses tersebut masih lagi belum diikhtiraf oleh RoS kerana dakwaan-dakwaan yang diterima oleh RoS, seperti yang tertera dibawah, daripada ahli-ahli DAP sendiri yang menyangkal ketelusan proses pemilihan tersebut.

  1. Tempoh notis pemberitahuan yang tidak mencukupi (seperti yang dinyatakan sendiri oleh Karpal Singh, notis pemberitahuan sepatutnya diedarkan 10 minggu sebelum pemilihan berlangsung)
  2. Terdapat 851 wakil tidak hadir atau tidak menerima jemputan menghadiri pemilihan walaupun mereka layak untuk mengundi
  3. Terdapat 985 bahagian terlibat dalam proses pemilihan sedangkan sepatutnya hanya 865 bahagian terlibat
  4. Senarai terkini wakil yang bertarikh 15 Disember 2012 gagal digunapakai
  5. Kegagalan mengeluarkan notis mesyuarat yang sepatutnya
  6. Proses pemilihan yang tidak telus
  7. Disyaki wujudnya unsur-unsur penipuan
  8. Keraguan terhadap keputusan pemilihan
  9. Manipulasi undian

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...