Pas Kelantan jangan remehkan Keadilan


Wan Nik Wan Yusuf

Merah Tinta MSO

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yusuf dilaporkan memberi pandangan bahawa hanya dua sahaja parti yang dominan di Kelantan, iaitu Pas dan Umno, manakala parti lain yang merupakan parti ketiga seperti PKR (Keadilan) tidak mendapat sokongan rakyat. Beliau memberi pandangan demikian dalam satu majlis di Kota Bharu minggu lepas. Pandangan negatif itu tidak disenangi oleh Keadilan.

Saya bersetuju dengan pandangan berkenaan, memang Kelantan didominasikan oleh kedua parti Melayu – Islam itu sejak tahun 50-an lagi.

Selain dari kedua parti itu, parti lain tidak mampu bernafas panjang di dalam lumpur politik Kelantan yang dianggap unik. Malahan jangka hayat parti-parti lain juga bergantung kepada sejauh dan sekuat mana ia bekerjasama dengan Pas atau Umno.

Sekiranya mana-mana parti ketiga, keempat atau kelima merenggangkan hubungan dengan Pas atau Umno, mereka akan hancur. Dalam erti kata lain, parti lain bergantung hayat dengan Pas atau Umno.

Sejarah telah menunjukkan kebenaran itu. Awal tahun 1990-an dahulu parti Melayu Semangat 46, Hamim dan Berjasa berkerjasama dengan Pas untuk berdepan dengan Umno. Mereka mendapat kemenangan besar dengan menumpang pengaruh Pas. Apabila mereka berpisah dengan Pas, hatta kembali semula kepada lubuk asal Umno, seperti dilakukan Semangat 46, parti itu mengalami kemerosotan dan akhirnya berkubur tanpa nisan dan ditalqinkan.

Perkembangan atau fenomena itu, kita akui akan kebenaran dan realitasnya. Tetapi dalam konteks hubungan Pas dengan mana-mana parti ketiga, khasnya parti Keadilan waktu ini tidak boleh dipandang remeh. Apa lagi kalau Pas cuba hendak menidakkan akan keperluan itu dalam hubungannya dalam Pakatan Rakyat. Ia satu langkah surut ke belakang dan tidak bijaksana.

Sekiranya Pas masih mahu berdepan dengan Umno secara solo untuk memerintah negeri Kelantan, Pas tidak boleh merasakan kehadiran Keadilan sebagai melukut di hujung gantang. Pas kena bijak dan tahu untuk meraikan Keadilan. Pas kena menerima sumbangan Keadilan dalam kejayaanya sebelum ini tidak banyak, tetapi sedikit adalah dari Keadilan. Kalau Keadilan melukut yang tidak boleh dijadikan nasi himpit atau ketupat, ia tentu boleh dijadikan ‘ssagun’. Tetap ada gunanya.

Justeru Wan Nik tidak sepatutnya memberi pandangan ‘benar’ dan ikhlas begitu tentang potensi Keadilan. Beliau perlu mengelak dari memberi jawaban sebegitu kerana ia boleh menyinggung hati rakan dalam Pakatan Rakyat itu. Pandangan akaemik begitu ia juga menampakkan akan kesombongan dan kebongkokkan Pas. Wan Nik seharusnya melihat lebih jauh dalam konteks lebih luas mengenai keperluan berkerjasam atau kehadiran Keadilan di sisinya.

Mungkin di Kelantan, Keadilan tidak memberi sumbangan besar kepada Pas. Malahan kewujudan Keadilan sendiri dianggap sebagai sampah yang menganggu agenda Pas sahaja, atau pun mencuri ruang-ruang kosong jawatan yang seharusnya diisi oleh orang Pas, di mana kehadiran Keadilan mengurangkan kekuasaan Pas dalam agensi kerajaan atau PBT. Kerana itu Pas tidak memberi kerjasama atau melayan Keadilan dengan sepatutnya sebagai rakan kongsi dan pakatan politik.

Alasan diberikan Pas untuk tidak meraikan Keadilan kerana parti itu lemah. Sebagai buktinya, Keadilan kalah hampir di semua kerusi dipertandingkan. Tetapi kalau Pas jujur dan ikhlas mereka perlu sedar kenapa parti berlambangkan mata itu kalah? Sebanya ialah kerana ulah dan sikap Pas juga yang tidak memberi kerjasama baik dan bersikap jujur dan ikhlas kepadanya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...