APA PENDIRIAN PAS ISU TANAH IJOK?


DARI SUDUT LAIN

Awal tahun lepas, The Other View (TOV) telah menulis berkenaan isu tanah di Ijok yang kini sedang dihangatkan kembali. Isu ini berkaitan kepincangan urus tadbir kerajaan negeri dalam urusan penyelenggaraan tanah yang sebelum ini terbengkalai di bawah pemaju terlantik pada zaman BN. Ia bermula selepas bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim cuba merampas semula tanah daripada pemaju. Proses pengambilalihan memakan masa yang begitu lama kerana dicabar di mahkamah tetapi keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah memihak kepada kerajaan negeri pada masa itu.

Apa yang menjadi pertikaian adalah sikap Menteri Besar sekarang iaitu Dato Seri Azmin Ali apabila beliau membuat ‘u-turun’ dengan menyelesaikan isu ini di luar mahkamah dan mengembalikan semula tanah beribu ekar itu kepada pemaju walaupun dua keputusan mahkamah sebelum ini berpihak kepada kerajaan negeri.

Untuk memahami dengan lebih lanjut boleh merujuk kepada tulisan sebelum ini:

http://www.malaysia-today.net/2017/04/27/kerajaan-selangor-u-turn-ke-zaman-bn/

Persoalan berikutnya yang ingin dilontarkan adalah, apakah tindakan Dato Seri Azmin Ali ini merupakan keputusan kolektif daripada pemimpin kerajaan negeri melalui mesyuarat exco kerajaan negeri ataupun keputusan persendirian beliau? Perkara ini timbul kerana Azmin Ali dan Khalid Ibrahim adalah dari parti yang sama (PKR). Agak pelik sekiranya parti memiliki dua pandangan berbeza semasa pemerintahan Khalid dan Azmin, kecuali sekiranya pandangan ini dipengaruhi kepentingan individu.

Selain itu, barisan exco kerajaan negeri tidak hanya diwakili PKR tetapi turut dianggotai oleh wakil rakyat PAS dan DAP sebagai pemilik bersama kerajaan Selangor. Semasa pentadbiran Khalid, tidak pernah timbul sebarang bantahan mahupun pertikaian daripada dua parti ini berhubung langkah beliau dalam isu pengambilalihan tanah tersebut. Bahkan semasa Khalid Ibrahim diarahkan untuk meletakkan jawatan sehingga dipecat daripada ahli PKR, PAS menyatakan ketidakpuashatian terhadap PKR sehingga menyebabkan berlaku krisis dalaman parti tersebut yang menyaksikan dua orang Adun PAS melawan keputusan parti mempertahankan Khalid.

https://www.malaysiakini.com/news/306344

http://www.sinarharian.com.my/nasional/dua-adun-pas-diberi-tempoh-24-jam-1.307883

Dari situasi ini, kita melihat PAS begitu teguh di belakang Khalid Ibrahim. Sehingga kini, PAS masih memiliki hubungan yang baik dengan bekas Menteri Besar itu dan bersedia untuk bekerjasama dengan beliau bagi menghadapi PRU14. Khalid Ibrahim pula terus memberi komen tentang status tanah di Ijok sehingga kini. Terbaru, beliau mendesak supaya siasatan pihak berkuasa dilakukan. Secara zahir, tentu sekali PAS masih berpandangan serupa dengan Khalid Ibrahim dari sudut ini.

http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-selangor-sedia-tawar-kerusi-untuk-abdul-khalid-1.790991

http://www.astroawani.com/berita-politik/saya-masuk-umno-ini-jawapan-bekas-mb-selangor-khalid-ibrahim-161837

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/389009/siasat-dalang-pemulangan-tanah-ijok-khalid

Dalam waktu yang sama, hubungan PAS dengan PKR di Selangor terus dingin apabila Majlis Syura Ulamak PAS membuat keputusan untuk tidak lagi bertahaluf dengan PKR. Azmin Ali pula didakwa masih membekukan peruntukan kerajaan negeri kepada rakyat di sebahagian kawasan yang diwakili oleh PAS sebagai respon balas. Walaupun desas desus menyatakan terdapat sebilangan wakil rakyat PAS di Selangor masih menjalinkan hubungan sulit dengan PKR, tetapi ia dinafikan apabila pimpinan parti tersebut menegaskan tidak ada kerjasama dengan PKR di Selangor dalam beberapa ucapan mutakhirnya. Malah pada program Fastaqim di Shah Alam yang baru lalu, Presiden PAS menyebutkan secara jelas bahawa PAS akan merampas Selangor.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/01/21/hadi-pas-mahu-rampas-selangor/

http://www.utusan.com.my/berita/politik/pru14-pas-mahu-tanding-42-kerusi-dun-selangor-lawan-wan-azizah-azmin-1.518600

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/01/304893/karutlah-mana-ada-bincang-pas-pkr-selangor

http://www.malaysia-today.net/2018/01/30/azmin-beku-peruntukan-jejaskan-orang-melayu-islam/

Semua keadaan ini menunjukkan bahawa PAS tidak bersama dengan aspirasi Azmin Ali termasuklah dalam isu pengambilalihan tanah di Ijok ini. Tetapi yang menimbulkan tanda tanya adalah, mengapa PAS Selangor ataupun mana-mana exco dan wakil rakyat mereka masih tidak menyatakan pendirian mengenai perkara ini? Rakyat perlu penjelasan ini memandangkan PAS kini memilih haluan sendiri dengan blok Gagasan Sejahtera dan menolak untuk bersama Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. Pendirian Azmin Ali tidak semestinya pendirian PAS, tetapi mengikut pemahaman umum tentang tanggungjawab bersama (collective responsibiliy), keputusan MB adalah keputusan kerajaan negeri dan kerajaan negeri dikongsi bersama PKR, PAS dan DAP.

 



Comments
Loading...