Mustahil mansuh bayaran semula pinjaman PTPTN – Wan Saiful


(Bernama) – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) harus menerima realiti agensi itu berkemungkinan besar tidak dapat memansuhkan bayaran balik pinjaman kerana peruntukan RM9.7 bilion disediakan setiap tahun tidak dapat menampung pinjaman kepada pelajar baharu.

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata pembayaran balik itu akan digunakan untuk memberi pinjaman kepada 180,000 hinggga 200,000 pemohon baharu setiap tahun.

“Matlamat utama PTPTN sekarang adalah memberi komitmen bagi mengurangkan bebanan peminjam,” katanya semasa berucap pada Konvensyen Malaysia Rahmah Perlis di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata PTPTN berhasrat membantu peminjam yang disenarai hitam kerana gagal membayar balik pinjaman untuk memiliki rumah pertama, sebagai sebahagian usaha bagi merancakkan sistem ekonomi negara.

Katanya, PTPTN dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menilai semula rekod pinjaman secara keseluruhan, supaya mereka yang mempunyai tunggakan dengan PTPTN sahaja boleh membuat pinjaman pembelian rumah pertama.

 



Comments
Loading...