Mana bukti penting laporan akhir siasatan BNM terhadap akaun Najib?


(nthqibord.com) – Perbicaraan hari ke-15 kes SRC Internatinal melibatkan bekas Perdana Menteri Najib Razak membangkitkan dua persoalan penting apabila saksi keempat, Ahmad Farhan Sharifuddin dipanggil semula untuk memberi keterangan.

Ahmad Farhan merupakan pegawai penyiasat Bank Negara Malaysia (BNM) yang terlibat dalam serbuan badan kewangan itu terhadap AmBank pada 2015 susulan kegagalan bank itu menghantar Laporan Transaksi Meragukan (STR) kepada bank pusat berhubung transaksi yang mencurigakan melibatkan akaun akaun Najib.

Dalam serbuan di tingkat 27 Menara Ambank pada 6 Julai 2015, Ahmad Farhan mengesahkan pihak siasatan BNM merampas dua peranti iaitu sejenis telefon Blackberry dan telefon jenis Samsung.

Telefon Blackberry merupakan milik Joanna Yu yang merupakan pengurus perhubungan awam AmBank, Joanna Yu Ging Ping dan kini masih gagal dikesan.

Manakala telefon Samsung Galaxy 4 merupakan millik seorang lagi staf AmBank, Krystale Yap.

Pada 8 Julai 2015, pasukan forensik diarahkan untuk mengeluarkan data daripada kedua-dua telefon pintar tersebut.

Kedua-dua telefon pintar itu dipercayai mempunyai maklumat penting tentang komunikasi antara Joanna, Krystale dan ahli perniagaan paling dikehendaki, Jho Low.

Laporan BNM tidak lengkap?

Persoalan pertama timbul apabila Ahmad Farhan dalam keterangannya hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau menyedari laporan akhir BNM tidak menyebut tentang bukti penting yang diperoleh dari kedua-dua telefon pintar itu.

Laporan akhir itu hanya menyebut tentang empat transaksi mencurigakan dalam akaun semasa dan kad kredit Najib.

“Pada Ogos 2015, saya nampak laporan tentang data yang diperoleh daripada telefon Blackberry. Tetapi laporan itu tidak dimasukkan dalam laporan akhir siasatan,” kata Ahmad Farhan semasa pemeriksaan utama oleh pihak peguam bela.

Dalam keterangan pertama sebelum ini, Ahmad Farhan berkata siasatan beliau menemukan bukti komunikasi antara Joanna dan Jho Low.

Di sini timbul persoalan kenapa bukti yang begitu penting tidak dinyatakan dalam laporan akhir siasatan BNM berhubung salah laku AmBank?

Apabila pihak peguam bela meminta maklumat komunikasi dari telefon itu, Ahmad Farhan berkata, perkara itu diuruskan oleh pegawai lain.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...