DARI FAIL SPRM Siri 10: Maklumat lengkap sogokan RM19 juta untuk menutup siasatan SPRM mengenai Terowong Dasar Laut Pulau Pinang


DAP in Crisis: The Penang Undersea Tunnel Corruption Scandal

Masa, tarikh, tempat dan nama secara terperinci telah Malaysia Today dedahkan sekali dengan butiran dokumen SPRM. Ada sesiapa masih tak percaya pada laporan ini? Masih percaya bahawa laporan ini palsu? Senang saja nak mengesahkan cerita ini betul atau pun tidak. Cuba hubungi pegawai-pegawai SPRM dan dapatkan pengesahan dari mereka. Apa yang susah sangat?

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hingga ke pemimpin-pemimpin DAP, kesemua mereka mempertikaikan kesahihan sembilan siri dari Malaysia Today mengenai laporan siasatan SPRM berkaitan rasuah Projek Terowong Dasar Laut ini. Jadi, sudah tiba masanya pada siri yang ke-10 ini Malaysia Today mendedahkan butiran yang lebih terperinci dan lengkap.

Lagi mereka mempertikaikan laporan ini dan lagi mereka mengatakan laporan ini adalah fitnah ataupun pembohongan, selagi itulah Malaysia Today akan dedahkan lagi maklumat yang lebih terperinci sehinggakan tidak ada siapa lagi boleh meragui kesahihan laporan ini dan mengatakan ianya rekaan atau pembohongan — seperti, kononnya, cerita dongeng yang mengatakan Najib Tun Razak memberikan RM90 juta kepada PAS.

Empat muka surat di bawah mendedahkan pada 9 Mac 2018  jam 10.40 pagi, pegawai penyiasat SPRM yang bernama Muqri Mayasin telah merakamkan kenyataan Zarul Ahmad Zulkifli mengenai rasuah yang bernilai RM19 juta di bayar kepada Gnanaraja Gnanasundram untuk menutupkan fail siasatan SPRM yang melibatkan tuduhan rasuah Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.

Zarul Ahmad memberitahu kepada SPRM bahawa Guan Eng memiliki kepentingan sebanyak 10% pada keseluruhan projek itu

Seperti yang didedahkan sebelum ini (sila baca siri 1-9 pada link di bawah) Gnanaraja adalah proksi ataupun ‘baruah’ yang mengendalikan kesemua ‘kerja kotor’ Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Zarul ditanya samada dia memahami Seksyen 30(3)(b) Akta SPRM 2009 dan adakah dia ingat apa yang dikatakannya sebelum ini. Dia menjawap ‘ya’ pada kedua-dua soalan itu.

Zarul kemudian menunjukkan kepada Muqri pertukaran mesej Whatsapp diantara dia dan Gnanaraja dari 21 July 2017 sehingga 26 Februari 2018. Nombor 012-2605199 adalah kepunyaan Zarul manakala 017-6664225 kepunyaan Gnanaraja.

Gnanaraja adalah ‘baruah’ kepada Guan Eng atau ‘proksi’.

Pada 21 July 2017 jam 8.00 malam, Zarul telah pergi ke rumah Gnanaraja yang beralamat di nombor 29, Jalan Tanjong 5/4, Seksyen 5, Petaling Jaya, Selangor untuk berbincang mengenai kes SPRM nya.

Pada 24 July 2017, Gnanaraja menghubungi Zarul melalui Whatsapp dan pada 25 July 2017 jam 9.00 malam mereka bertemu di Hotel Eastin dimana Zarul telah menyerahkan RM2 juta kepada Gnanaraja.

Pada 26 July 2017 jam 3.00 petang, pindahan wang sebanyak RM15 juta yang dipecahkan kepada dua bayaran telah dibuat kepada Bumi Muhibbah Capital Sdn Bhd, nombor akaun nya adalah 8008599783.

Pada 18 Ogos 2017 pada jam 5.00 petang, Zarul bertemu dengan Gnanaraja di Hotel Eastin untuk menyerahkan lagi duit sebanyak RM2 juta. Jumlah keseluruhan duit yang telah dibayar adalah RM19 juta.

Zarul membayar Gnanaraja sebanyak RM19 juta untuk SPRM menutup siasatan kes rasuah Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

Zarul memberitahu Muqri bahawa RM19 juta itu merupakan bayaran untuk Gnanaraja menutupkan siasatan SPRM terhadap kes rasuah Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang, dan ianya bukanlah sebagai pinjaman.

Masa, tarikh, tempat dan nama secara terperinci telah Malaysia Today dedahkan sekali dengan butiran dokumen SPRM. Ada sesiapa masih tak percaya pada laporan ini? Masih percaya bahawa laporan adalah pembohongan? Senang saja nak mengesahkan cerita ini betul atau pun tidak. Cuba hubungi pegawai-pegawai SPRM dan dapatkan pengesahan dari mereka. Apa yang susah sangat?

Kalau SPRM boleh rampas penyata bank dan dokumen-dokumen yang lain mengenai fitnah pertuduhan Najib membayar PAS sebanyak RM90 juta, kenapa mereka tidak boleh melakukan perkara yang sama dalam kes ini? Atau, mungkin kerana Mahathir memerlukan DAP untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri? Atau, adakah Mahathir telah mengarahkan SPRM untuk tidak menyentuh Guan Eng? Ini maksudnya Guan Eng ni kebal dan tidak ada sesiapa pun yang boleh menyentuhnya. Malaysia Baru konon!

1. DARI FAIL SPRM: Guan Eng Telah Menerima Sogokan 10% Tetapi Peguam Negara Telah Mengkuburkan Kes Tersebut

2. DARI FAIL SPRM Siri 2: Bermulanya Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang Dengan Guan Eng

3. DARI FAIL SPRM Siri 3: Nazri Mainkan Peranan Utama Dalam Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang

4. DARI FAIL SPRM Siri 4: Orang-Orang Yang Terlibat Dengan Rasuah Terowong Bawah Laut Pulau Pinang

5. DARI FAIL SPRM Siri 5: Zarul Menyogok RM22 Juta Untuk Menutup Kes Rasuah Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang

6. DARI FAIL SPRM Siri 6: Bila Dan Berapa Jumlah Sogokan Di Bayar Kepada Lim Guan Eng

7. DARI FAIL SPRM Siri 7: Zarul Berkata Dia Juga Membayar Nazri Aziz Sebanyak RM500,000

8. DARI FAIL SPRM Siri 8: Sogokan Sebanyak RM22 Juta Untuk SPRM Berhentikan Penyiasatan Terhadap Kes Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang

9. DARI FAIL SPRM Siri 9: Guan Eng Kantoi Dia Adalah Shareholder Projek Terowong Bawah Tanah Pulau Pinang

 



Comments
Loading...