Penderhaka SPRM patut digantung sampai mati


SD Salleh

Pendedahan salah guna kuasa dan rasuah melibatkan projek terowong bawah laut Pulau Pinang adalah satu tamparan hebat kepada Pakatan Harapan. Ini kerana Pakatan Harapan menang PRU14 pada bulan Mei tahun lepas sebab, kononnya, memperjuangkan menentang rasuah.

Pada hal, apa yang rakyat tidak sedari, empat bulan sebelum PRU14, pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sudah tahu yang Ketua Menteri serta beberapa ahli EXCO Pulau Pinang terlibat dengan rasuah dalam perlaksanaan projek terowong bawah laut Pulau Pinang.

SPRM membantu Cina berkuasa

Kerajaan Pulau Pinang memberi gambaran yang projek itu ditawarkan secara tender terbuka. Mengikut kenyataan Zarul Ahmad Mohd Zulkifli kepada SPRM, tender terbuka tersebut hanyalah wayang sahaja. Yang sebenarnya syarikat Zarul Ahmad akan diberi tender tersebut dengan harga RM6.3 bilion dan 10% dari harga itu akan di bayar kepada Lim Guan Eng.

Satu lagi pendedahan adalah sebahagian dari harga projek terowong bawah tanah Pulau Pinang itu akan dibayar dengan 50 ekar tanah di Gurney Drive yang mempunyai nilai ‘gross development value’ sebanyak RM15 bilion.

Apabila SPRM mula siasat rasuah berkaitan projek terowong bawah tanah Pulau Pinang itu, Zarul Ahmad telah bayar RM22 juta rasuah untuk menutup kes teresbut. Maka pada bulan Mac 2018, dua bulan sebelum PRU14, kes itu telah pun ditutup. Jika tidak, Pakatan Harapan mungkin tidak akan menang pilihanraya tersebut.

Yang lebih mengejutkan lagi ialah Guan Eng bukan sahaja menerima 10% dari harga terowong bawah laut Pulau Pinang yang sebanyak RM6.3 bilion itu, Guan Eng juga memiliki sebanyak 10% dari keseluruhan projek itu.

Empat bulan sebelum PRU14 kesemua ini sudah diketahui. Tetapi SPRM sengaja menutup rahsia ini supaya Pakatan Harapan tidak akan kalah pilihanraya. Dan RM22 juta telah dibayar untuk menutup kes ini.

Salah satu sebab kenapa Barisan Nasional kalah PRU14 adalah kerana isu 1MDB. Sekiranya rakyat menyedari yang kes terowong bawah laut Pulau Pinang ini lebih besar dari isu 1MDB, sudah tentu keputusan pilihanraya tidak sama seperti apa yang kita lihat sekarang.

Lim Guan Eng bapa rasuah

Tindakan SPRM menutup kes terowong bawah tanah Pulau Pinang bukan saja melibatkan rasuah. Ini lebih besar dari rasuah. Ini satu tindakan derhaka kepada negara dan orang Melayu. Oleh kerana SPRM, kerajaan Melayu telah dijatuhkan oleh golongan Cina dan pada hari ini Cina sudah berkuasa di Malaysia.

Jenayah ini sepatutnya dibalas dengan hukuman bunuh macam apa yang telah berlaku kepada puak Al Ma’unah pada tahun 2006. Al Ma’unah cuba menjatuhkan kerajaan di luar perlembagaan dan telah digantung sampai mati. Puak SPRM yang telah menjatuhkan kerajaan di luar perlembagaan dan melalui rasuah juga patut digantung sampai mati.

 



Comments
Loading...