SPRM mohon saya jangan dedah kenyataan Rameli Musa


Jadi kita tengok dulu apa akan berlaku selepas ini. Sekiranya tidak ada apa-apa tindakan dari SPRM atau PDRM, maka Malaysia Today akan terus mendedahkan isu rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, dan lain-lain kesalahan lagi di bawah kerajaan Pakatan Harapan demi untuk menunaikan kewajiban amar makruf, nahi munkar sebagai orang Islam.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Merujuk kepada pendedahan Malaysia Today (Clare Brown’s Possible Money-Laundering Legal Problem) tentang isu RM1.4 juta dan kenyataan Rameli Musa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kepada dua peranggan di dalam rencana itu dimana saya telah tulis:

“The last piece in the puzzle would be to hear what Rameli told the MACC. Did Rameli tell the MACC the name of the person who asked him to pay Clare the RM1.4 million? Rameli is close to Mahathir, Tun Daim Zainuddin, Anwar Ibrahim, and Hadi (plus hundreds of other people, of course). Who, (Mahathir, Daim, Anwar or Hadi) asked him to pay Clare RM1.4 million and for what purpose? Hadi already said it was not him. So that leaves Mahathir, Daim and Anwar.

I bet you were hoping I would tell you who of the three asked Rameli to pay Clare RM1.4 million and for what reason. That story will be later lah! Cannot lah cerita semua in one article. Come back later and you might be able to find out the answer to that question.”

Wakil dari SPRM telah menghubungi saya sebentar tadi dan telah memohon jasa baik saya jangan mendedahkan kenyataan Rameli Musa kerana siasatan masih berjalan dan sekiranya pendedahan ini dibuat maka ia mungkin akan menjejaskan siasatan.

SPRM juga memberitahu saya bahawa pihak PDRM mungkin akan ke England untuk berjumpa dan mengambil kenyataan saya berkait dengan pendedahan saya didalam isu terowong bawah laut Pulau Pinang.

Saya telah memberitahu pihak SPRM demi untuk perjuangan agama Islam, bangsa Melayu, dan negara Malaysia, saya sanggup bekerjasama dengan SPRM untuk tidak menjejaskan siasatan berkait dengan isu RM90 juta, RM1.4 juta dan juga terowong bawah laut Pulau Pinang.

Jadi kita tengok dulu apa akan berlaku selepas ini. Sekiranya tidak ada apa-apa tindakan dari SPRM atau PDRM, maka Malaysia Today akan terus mendedahkan isu rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, dan lain-lain kesalahan lagi di bawah kerajaan Pakatan Harapan demi untuk menunaikan kewajiban amar makruf, nahi munkar sebagai orang Islam.

Akhir kalam! Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu. Hidup Islam! Hidup Melayu. Hidup Malaysia!

 



Comments
Loading...