Peja Hilang Kuasa MB, Mahu Bubar DUN Perak?


Dengan penyatuan antara UMNO dan PAS, kedudukan PH sebagai kerajaan negeri Perak menjadi sangat genting…

The Unspinners

Mungkinkah kita akan melihat berulangnya krisis politik Perak 2009?

Bagaimana pentadbiran Pakatan Rakyat ketika itu tumbang dan di gantikan dengan Barisan Nasional (BN)…

UMNO dan PAS yang sudah bersetuju membentuk kerjasama politik secara rasmi, dah tentu memberi tekanan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk mengekalkan kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri Perak…

Kalau di ambil kira pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika ini, Gabungan UMNO dan PAS mempunyai 28 kerusi, manakala PH pula 30 kerusi dan satu lagi kerusi adalah Bebas…

Di khabarkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas, Datuk Nolee Ashilin Radzi yang sebelum ini keluar UMNO untuk menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar, berkemungkinan besar akan beralih kepada gabungan UMNO-PAS, situasinya bakal berubah kepada 30-29 antara PH dan pembangkang…

Ini situasi yang tidak stabil bagi sebuah kerajaan negeri…

Read more here

 



Comments
Loading...