RM1.4 juta merupakan pembayaran wang haram oleh kroni Tun Mahathir ke Clare Brown


“Kesemua ini membawa maksud surat yang didedahkan oleh Clare merupakan satu perangkap jahat yang berkemungkinan besar melibatkan satu konspirasi terancang di antara Pengurus Maybank Jalan Tun Razak, Americk dan Clare sendiri untuk menyalurkan wang haram ke United Kingdom (UK)”

Raggie Jessy Rithaudeen

Semalam, pemilik dan pengendali portal Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, mendakwa bahawa beliau menerima bayaran sebanyak RM1.4 juta dari Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang sebagai memenuhi sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan saman finah Hadi terhadapnya di luar mahkhamah.

Menurut Clare, bayaran tersebut bukan sebahagian daripada perintah mahkhamah dan dibuat oleh pihak ketiga, iaitu seorang peguam Malaysia yang berbangsa Punjabi, Americk Sidhu, yang didakwanya mewakili Sarawak Report.

Ini satu pembohongan.

Untuk makluman, walaupun Americk telah lama menyuarakan pandangan beliau berkenaan kes saman Hadi terhadap Clare, beliau tidak merupakan peguam Clare dalam kes tersebut malah langsung tidak terlibat dalam apa-apa kapasiti, biar secara langsung mahupun tidak langsung.

Ini memandangkan saman yang dibawa oleh Hadi terhadap Clare difailkan di Mahkhamah Tinggi di London dan bukannya di Malaysia, manakala Clare tidak pernah melantik Americk, tetapi sebaliknya, sebuah syarikat guaman di London untuk mewakilinya.

Americk hanya mewakili Clare dalam kes saman fitnah yang dibawa oleh Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, berhubung satu dakwaan fitnah yang terkandung dalam buku terbitan Sarawak Report yang bertajuk, ‘The Sarawak Report:The Inside Story of the 1MDB Expose’.

Justeru itu, kenyataan Americk bahawa Clare dibayar RM1.4 juta  oleh pihak ketiga yang mewakili Hadi menjadi satu tanda tanya.

Ini kerana sebarang pembayaran yang melibatkan kes saman fitnah Hadi terhadap Clare seharusnya melibatkan surat perjanjian antara kedua-dua mereka dan seharusnya disaksikan oleh peguam-peguam mereka yang berpusat di London.

Perkara ini tidak berlaku.

Sebaliknya, Clare hanya mendedahkan satu surat yang ditujukan kepada Pengurus Maybank Jalan Tun Razak dimana beliau mengesahkan telah menerima dana sebanyak RM1.4 juta yang didakwanya berasal dari akaun bank milik anak guam Americk.

Umum perlu faham, bukan hanya Hadi tidak tahu-menahu berkenaan dana tersebut, surat yang didedahkan oleh Clare langsung tidak berkait dengan kes saman Hadi biar apa pun kandungannya memandangkan surat tersebut tidak pernah difailkan di Mahkhamah Tinggi London.

Malah, bukan hanya perjanjian penyelesaian luar mahkhamah antara Hadi dan Clare tidak menyebut apa-apa berkenaan bayaran tersebut, tidak wujud satu apapun dokumen rasmi melibatkan Hadi mahupun peguam-peguam beliau yang mampu membuktikan bahawa pembayaran tersebut dibuat olehnya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...