Pemuda UMNO tak perlu acah-acah berani lawan Zahid, nanti jadi macam Asyraf


Semalam, Pemuda UMNO membuat pendirian berdegar-degar kononnya akan membawa suara akar umbi untuk didengar pemimpin atasan yang didakwa menjadi punca krisis kepercayaan orang Melayu terhadap parti tersebut.

(Agenda Daily) – Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh seakan memberi kata dua kepada pemimpin atasan UMNO yang dilihat menjadi liabiliti sehingga rakyat sudah tidak mempercayai parti tersebut, tetapi sejauh manakah keberanian sayap tersebut untuk mengasak Presiden?

Akmal terlupa, sebelum ini bekas ketua pemuda, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki juga agak vokal dalam menyuarakan pandangan tetapi pengakhirannya menjadi penjilat tegar kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Malah, Asyraf yang kalah hatrik bertanding tiga pilihan raya sebelum ini dinaikkan pangkat pula menjadi Setiausaha Agung UMNO selepas kekalahan UMNO semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Terdahulu, Akmal semasa mengadakan program post-mortem selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam memberi kata dua kepada pemimpin kanan parti itu, ia dipercayai merujuk kepada Presiden parti.

“Dia minta Pemuda hormati saluran, maka kita hormat saluran.

“Dia minta Pemuda UMNO jangan kurang ajar, kita hormat, kita tak kurang ajar. Kita berbincang secara betul, baik-baik.

“Tapi kalau suara Pemuda tidak didengar? Maka berhadapan lah dengan suara Pemuda UMNO seluruh Malaysia,” katanya dipetik laporan media.

Akmal juga berkata sedia melepaskan jawatannya jika dirinya menjadi punca kekalahan UMNO semasa PRN lalu.

“Saya berani letak jawatan sebagai ketua Pemuda UMNO (jika majoriti kata saya punca kekalahan Umno).

“Sebab yang lebih penting adalah survival UMNO itu sendiri,” katanya lagi.

Pada PRN lalu UMNO hanya menang 19 kerusi daripada 108 kerusi yang ditandingi.

Susulan itu, terdapat spekulasi mengatakan akar umbi parti mendesak supaya Zahid berundur atau berehat buat sementara waktu daripada mengemudi UMNO.

Untuk rekod, Zahid kekal menjadi Presiden UMNO tanpa jawatan tersebut dipertandingkan semasa pemilihan parti sebelum ini selepas usul tergempar dibawa semasa Perhimpunan Agung tahun lalu.

 



Comments
Loading...