Proklamasi dan Ordinan Darurat perlu dibahas Parlimen?


Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan antara lain memperuntukkan: ‘…shall be laid before both Houses of Parliament…’ [Terjemahan: hendaklah dibentangkan di kedua-dua Dewan Parlimen]

Apa maksudnya? Perlu dibentang dan dibahas segera? Dan untuk tujuan itu Parlimen perlu bersidang?! Tidak! Bukan itu maksud Perlembagaan. Terma membentang itu terma undang-undang yang membawa maksud memaklumkan (pemakluman) kepada kedua-dua Dewan Parlimen apabila kedua-dua Dewan (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) bersidang semula (reconvene). (Itu pun jika ia tidak dibatalkan (revoked) lebih awal.

Pemakluman adalah formaliti sahaja bagi sesuatu pelaksanaan kuasa yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan atau Akta-akta. Bukan bermaksud perlu dibentang dulu, bahas dan undi.

Hampirkan semua Akta yang memberikan kuasa kepada mana-mana Menteri terhadap sesuatu yang perlu diwartakan, maka akan di ‘laid before the House’ (dibentangkan di Parlimen) selepas Parlimen bersidang semula.

Saya ambil contoh mudah dengan merujuk kepada ‘Akta 829 – Temporary measure for reducing the impact of Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) Act (Akta COVID-19).’

Saya gunakan Akta ini kerana ia masih hangat dari oven, berkait dengan COVID-19 bahkan Akta ini adakah Akta yang menyentuh (consolidate) banyak Akta-akta lain di dalamnya.

Dalam Akta COVID-19, terdapat (kalau saya tidak fail maths) terdapat enam (6) tempat (baca: Seksyen) di mana perkataan atau terma ‘..shall be laid before the Dewan Rakyat…’.

Sebelum terlupa – suka saya nyatakan (bagi non-legal mind) bahawa perkataan ‘before’ dalam bahasa undang-undang bermaksud ‘di hadapan’ dan bukan ‘sebelum’. [Contoh: The late Tun Salleh is scheduled to appear ‘before’ me (baca: the Judge/Bench) next week… but unfortunately Allah lebih sayangkan dia (al-Fatihah)].

Jadi dalam Akta COVID-19 itu, terma ‘shall be laid’ digunakan pada keadaan-keadaan berikut:

(1) Seksyen 1(4) – Kuasa PM untuk lanjutkan kuatkuasa Akta COVID-19. Kemudian perlu perintah perlanjutan itu perlu diwartakan. Warta itu kemudiannya hendaklah ‘shall be laid before the Dewan Rakyat as soon as practicable(selepas Parlimen bersidang) after its publication in the Gazette;

(2) Seksyen 5(4) – di bawah bab ‘Inability To Perform Contractual Obligation’, Menteri diberikuasa untuk melanjutkan kuatkuasa Akta pada bahagian tersebut (selepas 31 Disember 2020) dan perintah perlanjutan itu hendaklah diwartakan. Warta itu kemudiannya hendaklah ‘shall be laid before the Dewan Rakyat as soon as practicable (selepas Parlimen bersidang) after its publication in the Gazette.’

(3) Seksyen 19(4) – dalam bab ‘Commencement of Modifications to the Insolvence Act 1967’, Menteri diberikuasa untuk melanjutkan kuatkuasa Akta pada bahagian tersebut (selepas 31 Ogos 2021) dan perintah perlanjutan itu hendaklah diwartakan. Warta itu kemudiannya hendaklah ‘shall be laid before the Dewan Rakyat as soon as practicable (selepas Parlimen bersidang) after its publication in the Gazette;

(4) Seksyen 22(4) – di bawah bab ‘Commencement of modifations to the Hire-Purchase Act 1967’, Menteri diberikuasa untuk melanjutkan kuatkuasa Akta pada bahagian tersebut (selepas 31 Disember 2020) dan perintah perlanjutan itu hendaklah diwartakanWarta itu kemudiannya hendaklah ‘shall be laid before the Dewan Rakyat as soon as practicable (selepas Parlimen bersidang) after its publication in the Gazette.’

(5) Seksyen 43(4) – di bawah bab ‘Commencement of modifations to Land Public Transport Act 2010’, Menteri diberikuasa untuk melanjutkan kuatkuasa Akta pada bahagian tersebut (selepas 31 Disember 2021) dan perintah perlanjutan itu hendaklah diwartakan. Warta itu kemudiannya hendaklah ‘shall be laid before the Dewan Rakyat as soon as practicable (selepas Parlimen bersidang) after its publication in the Gazette.’

(6) Terakhir – Seksyen 46(4) di bawah bab ‘Commencement of modifications to the Commercial Vehicle Licensing Board 1987’, Menteri diberikuasa untuk melanjutkan kuatkuasa Akta pada bahagian tersebut (selepas 31 Disember 2021) dan perintah perlanjutan itu hendaklah diwartakan. Warta itu kemudiannya hendaklah ‘shall be laid before the Dewan Rakyat as soon as practicable (selepas Parlimen bersidang) after its publication in the Gazette.’

So faham dah kan dengan contoh-contoh ini mengenai maksud sebenar ‘shall be laid before both Houses of Parliament’?

Tak perlu ada PhD pun kan? Kalau ambil tafsiran songsang PhD, maka tentulah ia sangat bercanggah dengan perkara pokok di bawah Perkara 150(1) Perlembagaan yang memberikan kuasa mutlak kepada YDPA untuk Proklamasi Darurat! Nampak?

Maaflah, awalnya saya nak conteng pendek saja. Tapi jadi panjang sebab banyak contoh undang-undang untuk sarapan kita semua. Sekian.

WAN ROHIMI WAN DAUD
Pengerusi LUHAM PAS Pusat

 



Comments
Loading...