Kenapa PH tak sabar hingga buat Dr Mahathir merajuk


(Malaysia Gazette) – Ketua Pemuda UMNO menempelak Mohamad Sabu dengan mempersoalkan mengapa Pakatan Harapan tidak boleh tunggu tempoh lima tahun untuk Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Soal Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki, mengapa Pakatan Harapan berterusan memaksa Dr Mahathir meletak jawatan itu hingga menyebabkan bekas Perdana Menteri itu merajuk dan melepaskan jawatan sehingga terbubarnya kerajaan.

”… kenapa tak boleh tunggu 5 tahun sehingga berterusan memaksa Tun Mahathir serahkan jawatan PM pada Anwar? Akhirnya kalian juga punca Tun merajuk, letak jawatan hingga terbubar Kerajaan PH!,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kota Raja di Ceramah Jelajah Pakatan Harapan  yang mendakwa meskipun beliau tewas namun beliau tidak kisah dengan semua itu.

Ini kerana, beliau sudah beberapa kali kalah dalam pilihan raya.

”BN baru hilang kerajaan 2018, akan datang laluan kamu nak menang sudah ada, kamu menang banyak PRK kenapa tak boleh tunggu, kami boleh tunggu 60 tahun kenapa kamu tidak boleh tunggu 5 tahun,” tegasnya.

Tidak cukup dengan itu, Asyraf juga bertanya adakah Mohamad rindu hendak menjadi Menteri Pertahanan.

Namun, kata Asyraf, yang kasihan adalah rakyat kerana ‘gajah dengan gajah bergaduh, rumput akan menjadi mangsa’.

 



Comments
Loading...