Dengar apa Najib sarankan
Raja Sara Petra
Saya baru saja dengar saranan bekas Perdana Menteri yang ke-enam, Najib Tun Razak, yang pendek dan pedas (short and sharp) tentang Umno yang bukannya milik individu tetapi ianya adalah milik ahli. That is true. Memang betul. Apabila pemimpin nakkan kuasa atau mencitakan pangkat, mereka sering bercakap tentang hak ahli dan kepentingan rakyat. Tetapi apabila mereka sudah berkuasa, kacang selalu lupakan kulit.
Hari ini kita lihat hamba Allah yang dipanggil wakil rakyat, tak kira ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri, berkelakuan macam mereka dari kerabat diraja. Malah mereka lebih bongkak dari raja sendiri di zaman raja berjiwa rakyat yang penuh merendah diri.
Rakyat sudah muak dengan kelakuan wakil rakyat yang mereka menganggap diri mereka sebagai manusia istimewa dan rakyat pula adalah hanya hamba abdi kepada mereka. Mereka lupa bahawa tanpa rakyat tidak akan ada wakil rakyat dan tanpa undi kita mereka sebenarnya adalah bangsat seperti mana asal-usul mereka sebelum menerimanya gelaran Yang Berhormat.
Umno dan Barisan Nasional telah ditendang keluar pada PRU14 pada Mei 2018 sebab ada yang lupa daratan. Kepentingan diri sendiri dan tamak kuasa menjadi panduan mereka yang sepatutnya mendahulukan kepentingan rakyat. Akhirnya, akar umbi yang menentukan masa depan dan hala tuju parti. Jangan kita lupa perkara ini dalam kita tengah ghairah merancang komplot dengan menggunakan pintu belakang untuk kembali berkuasa.
Pada bulan Mei 2018, rakyat dan akar umbi telah menunjukkan kemarahan mereka dengan mengalahkan Umno di dalam PRU14. Jangan sampai rakyat mencerai Umno dengan talak tiga. Apabila itu berlaku, tidak akan ada maaf lagi bagi mu.
ARVE Error: src mismatch
provider: youtube
url: https://youtu.be/M79nCzxrds0
src in org: https://www.youtube.com/embed/M79nCzxrds0?wmode=transparent&rel=0&feature=oembed
src in mod: https://www.youtube.com/embed/M79nCzxrds0?wmode=transparent&rel=0
src gen org: https://www.youtube.com/embed/M79nCzxrds0