Mustahil laksana ICERD – PM


(Metro) – PERDANA MENTERI, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan adalah mustahil untuk melaksanakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Dr Mahathir berkata, pelaksanaan ICERD memerlukan Perlembagaan Persekutuan untuk digubal semula.

“Untuk menggubal semula Perlembagaan Persekutuan, ia memerlukan dua pertiga majoriti Parlimen,” katanya kepada media selepas penutupan Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) Ke-26 di Papua New Guinea, hari ini.

Tambahnya, perkara itu adalah agak mustahil memadangkan jumlah ahli parlimen dalam kerajaan selain reaksi daripada kedua-dua pihak termasuk pembangkang berhubung perkara ini.

Sebelum ini, pemimpin tertinggi UMNO dan Pas dilaporkan bersetuju mengadakan perhimpunan bersama bagi membantah pelan raktifikasi ICERD pada 8 Disember ini.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran bahawa masyarakat Melayu Islam di Putrajaya akan mengadakan bantahan terhadap ikrar kerajaan untuk meraktifikasi ICERD.

Mengulas mengenai perkara itu, Dr Mahathir memberi jaminan kepada orang ramai tiada sebarang kekecohoan akan berlaku, kecuali dimulakan oleh Presiden Umno.

“Kecuali Ahmad Zahid memulakan kekecohan, tidak akan berlaku rusuhan berhubung ICERD.

Dr Mahathir turut memberitahu bahawa ICERD adalah isu sensitif kepada orang Melayu.

“Kita boleh membincangkan perkara ini kerana kita tidak menolak pendapat orang ramai.

“Malah, dalam ucapan saya pada Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsar Bersatu (PBB) September lalu, saya ada menyetuh berhubung kerumitan dalam melaksanakannya, sama ada secara kesuluruhan atau tidak.

Malaysia antara sebahagian kecil negara yang masih belum menandatangani atau meraktifikasi konvesyen itu.

Konvesyen itu menyediakan mekanisme kepada masyarakat dunia untuk membuat aduan berhubung perkara membabitkan perkauman, diskriminasi selain berkuat kuasa terhadap semua anggota negara.

Bagaimanapun, segelintir pihak membantah raktifikasi ICERD kerana dikhuatiri menjejaskan hak orang Melayu, termasuk peruntukkan yang membenarkan kuota dalam institusi pendidikan.

 



Comments
Loading...