Jika Kit Siang mahu bukti, tanya menteri kewangan, kata Hadi


(FMT) – Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa pemimpin DAP Lim Kit Siang bertanyakan kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung dakwaan kepimpinan parti itu tidak bersetuju dengan cadangan mengembalikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

Presiden PAS itu berkata Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk mengembalikan royalti kepada negeri tetapi pembayaran kepada Kelantan dan Terengganu terhalang.

“Perdana menteri telah bersetuju untuk mengembalikan royalti terus kepada negeri sebagaimana dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

“Namun pembayaran kepada Kelantan dan Terengganu terhalang. Jika saudara Lim mahukan bukti, sila tanya menteri kewangan,” katanya di Facebook.

READ MORE HERE: DAP Is Trying To Kill The Malay-Muslim States Of Terengganu And Kelantan

Lim semalam mendesak Hadi untuk membuktikan diskriminasi DAP terhadap pantai timur Semenanjung dengan tidak menyokong pembangunan saksama di Kelantan dan Terengganu.

Hadi menurut Berita Harian juga berkata kepimpinan DAP tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengembalikan royalti minyak kepada negeri pengeluar termasuk Kelantan dan Terengganu.

Pakatan Harapan dalam manifesto pilihan raya umum 9 Mei lalu menjanjikan 20% royalti kepada pengeluar minyak.

Perdana menteri ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) di Dewan Rakyat 18 Oktober lepas berkata pembangunan Sabah dan Sarawak akan diberi keutamaan dan kerajaan akan mengagihkan pendapatan minyak dan gas secara saksama bagi mencapai matlamat itu.

 



Comments
Loading...