Laporan polis ke atas Raja Petra


(Malaysia Gazette) – Parti Tindakan Hak Minoriti Malaysia (MiRA) hari ini membuat laporan polis terhadap blogger Raja Petra Kamarudin kerana mendakwa telah menghina kaum Sikh.

Pengasas yang juga Naib Presiden Kanan MiRA, S. Gobi Krishnan berkata, laporan itu dibuat supaya polis Malaysia menghubungi pihak berkuasa United Kingdom (UK) agar tindakan tegas dan sewajarnya diambil ke atas blogger terbabit.

Katanya, laporan itu dibuat Pengerusi Biro Media MiRA, Harnarain Singh Gill kira-kira jam 12.30 tengah hari ini di Balai Polis Dang Wangi, di sini berikutan tulisan Raja Petra Kamaruddin mempunyai unsur penghinaan terhadap masyarakat Sikh dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Amar Singh berkaitan isu serban.

Some responses from the Sikh community

“Kita minta polis Malaysia menghubungi polis di UK dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang negara itu di bawah jenayah kebencian antara kaum terhadap Raja Petra Kamaruddin.

“Tulisannya jelas menghina Datuk (Seri) Amar Singh pasal isu turban (serban) dan kaum Sikh keseluruhannya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini, hari ini.

Semalam, Raja Petra Kamarudin memohon maaf melalui blog dan laman sosial beliau kepada masyarakat Sikh dan Amar Singh.

Menerusi blognya itu, beliau memohon maaf selepas dimaklumkan turban adalah suci dan masyarakat Sikh tidak boleh terima pemakaian serban dijadikan bahan lawak.

My Apology To The Sikh Community

 



Comments
Loading...