Di NYC, Dr M jangka Umno bakal rebah
(Mkini) – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan bahawa Umno – parti yang diterajuinya selama 22 tahun – bakal rebah.
“Umno sekarang berpecah, ia bakal rebah. Tidak ada masa depan buat Umno lagi kerana rakyat benci Umno.
“Ini sebabnya mereka begitu kuat menyokong pembangkang (pada pilihan raya umum lalu),” kata Mahathir, yang kini mengetuai gabungan Pakatan Harapan, menurut The Star Online.
Beliau berkata demikian ketika diajukan soalan sama ada siasatan berterusan yang begitu lama terhadap pemimpin Umno akan mengakibatkan ketidak-stabilan politik di negara ini semasa pertemuan dengan Majlis Amerika Syarikat Mengenai Hubungan Antarabnagsa di New York.
Menjawap soalan mengenai rasuah dalam Umno, Mahathir berkata: “Dia (bekas presiden Umno Datuk Seri Najib Razak) merosakkan kepimpinan parti dan juga akar umbi kerana memberi mereka wang.
“Jadi mereka menyokongnya kerana sesetengah mereka selesa dengan adanya banyak wang.”