SERKAP JARANG RAFIZI TERHADAP RAHMAN DAHLAN DAN FLORENCE GOH CONTOH AKTA ANTIBERITA TIDAK BENAR DIPERLUKAN


DARI SUDUT LAIN

Satu lagi contoh yang mungkin boleh diambil sebagai justifikasi mengapa undang-undang berita palsu diperlukan adalah isu tuduhan YB Rafizi Ramli terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan. Rafizi sebelum ini memuat naik satu video pendedahan tentang amalan nepotisme yang dilakukan oleh menteri tersebut. Rafizi menuduh Rahman Dahlan memberikan satu projek kepada abangnya yang bernama Raslan Dahlan.

Tetapi pendedahan beliau pantas dinafikan oleh Rahman Dahlan, menyatakan bahawa beliau tidak ada sebarang pertalian darah malah tidak pernah mengenali orang yang disebutkan Rafizi itu sebelum ini. Justeru beliau sedang dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi. Video yang dimuat naik Rafizi di laman sosial peribadinya pantas dipadamkan selepas 10 minit disiarkan.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/12/14/rahman-dahlan-takes-legal-action-against-rafizi/

Sebenarnya, ini bukan kali pertama Rafizi berhadapan situasi sedemikian. Sebelum ini, beliau pernah mengaitkan cincin milik isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, dengan penyelewengan. Tetapi setelah dihadapkan ke mahkamah, Rafizi mengakui beliau hanya bergurau tentangnya.

https://www.malaysianreview.com/127172/saya-hanya-bergurau-kata-rafizi-lawan-saman-najib-rosmah/

Rafizi juga pernah mengaitkan seorang perempuan Cina bernama Florence Goh Siew Boey dari CRT Insight Technologies Sdn Bhd sebagai Florence Goh yang merupakan pengarah di Godfrey Group Ltd yang terbabit dalam kontrak pelobian sebuah projek kerajaan. Tidak lama selepas itu pengarah CRT Insight tersebut menafikan beliau adalah orang yang dimaksudkan. Hanya nama sahaja yang sama. Ekoran itu Rafizi menarik balik kenyataan beliau dan mengakui ia adalah satu kesilapan.

http://www.astroawani.com/berita-politik/saya-bukan-florence-goh-yang-dituduh-sebagai-pelobi-144590

https://www.bnbbc.my/rafizi-minta-maaf-akui-silap/

Sebelum ini pernah didedahkan berkaitan isu fitnah Rafizi terhadap Tabung Haji sehingga membawa kepada tindakan mahkamah diambil. Kesimpulannya, undang-undang antiberita tidak benar sangat diperlukan dalam menangani masalah-masalah serkap jarang di atas. Ahli politik seperti YB Rafizi Ramli umpamanya tidak menunjukkan tauladan kepimpinan negara yang baik, dan tidak membawa negara ke arah kematangan berpolitik.

Baca lanjut sikap politik fintah Rafizi:

http://www.malaysia-today.net/2017/12/25/cara-fitnah-rafizi-tidak-baik-untuk-budaya-politik-negara/

 



Comments
Loading...