CARA FITNAH RAFIZI TIDAK BAIK UNTUK BUDAYA POLITIK NEGARA


KE ARAH POLITIK MALAYSIA YANG MATANG (SIRI 11)

DARI SUDUT LAIN

Sebut nama Rafizi Ramli, pasti ramai yang kenal. Beliau sebelum ini dikenali sebagai ‘jaguh dedah’ negara. Banyak penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan melibatkan pegawai tinggi dan pemimpin politik negara didedahkan kepada umum.

Tetapi sekarang mungkin jolokan tersebut tidak lagi sesuai buat beliau, kerana banyak juga pendedahan yang dilakukan dinafikan oleh yang didakwa, atau beliau menarik balik, ataupun disaman di mahkamah kerana ia tidak benar. Hari ini, penentang Rafizi menggelarkan beliau sebagai ‘jaguh fitnah’ negara.

Mungkin siri pendedahan beliau yang paling terkini adalah berkenaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan. Rafizi sebelum ini memuat naik satu video pendedahan tentang amalan nepotisme yang dilakukan oleh menteri tersebut. Rafizi menuduh Rahman Dahlan memberikan satu projek kepada abangnya yang bernama Raslan Dahlan.

Tetapi pendedahan beliau pantas dinafikan oleh Rahman Dahlan, menyatakan bahawa beliau tidak ada sebarang pertalian darah malah tidak pernah mengenali orang yang disebutkan Rafizi itu sebelum ini. Justeru beliau sedang dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi. Video yang dimuat naik Rafizi di laman sosial peribadinya pantas dipadamkan selepas 10 minit disiarkan.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/12/14/rahman-dahlan-takes-legal-action-against-rafizi/

Sebenarnya, ini bukan kali pertama Rafizi berhadapan situasi sedemikian. Sebelum ini, beliau pernah mengaitkan cincin milik isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, dengan penyelewengan. Tetapi setelah dihadapkan ke mahkamah, Rafizi mengakui beliau hanya bergurau tentangnya.

https://www.malaysianreview.com/127172/saya-hanya-bergurau-kata-rafizi-lawan-saman-najib-rosmah/

Rafizi juga pernah mengaitkan seorang perempuan Cina bernama Florence Goh Siew Boey dari CRT Insight Technologies Sdn Bhd sebagai Florence Goh yang merupakan pengarah di Godfrey Group Ltd yang terbabit dalam kontrak pelobian sebuah projek kerajaan. Tidak lama selepas itu pengarah CRT Insight tersebut menafikan beliau adalah orang yang dimaksudkan. Hanya nama sahaja yang sama. Ekoran itu Rafizi menarik balik kenyataan beliau dan mengakui ia adalah satu kesilapan.

http://www.astroawani.com/berita-politik/saya-bukan-florence-goh-yang-dituduh-sebagai-pelobi-144590

https://www.bnbbc.my/rafizi-minta-maaf-akui-silap/

Rafizi merupakan arkitek utama Langkah Kajang. Dalam keghairahan untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada mandat MB Selangor, beliau telah mengeluarkan dokumen 91 muka surat mengenai salah laku TSKI sepanjang pentadbiran beliau. Tetapi setelah perkara itu dicabar di mahkamah, PKR telah mengeluarkan kenyataan maaf kepada TSKI kerana memfitnah beliau.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/08/14/pkr-minta-maaf-fitnah-khalid-ibrahim/

Rafizi juga pernah membuat satu pendedahan sensasi ketika isu RUU355 hangat diperbahaskan media seluruh negara. Beliau menyatakan memiliki bukti bahawa PAS menerima suapan daripada Umno, mengiyakan tuduhan RM 90 juta daripada Sarawak Report. Beliau berjanji akan mendedahkan nama pemimpin PAS yang terlibat itu. Tetapi pada hari yang dijanjikan, rupa-rupanya orang tersebut adalah Ustaz Nasharudin Mat Isa, Bekas Timbalan Presiden PAS, yang kini tidak lagi memiliki apa-apa jawatan dan juga tidak lagi aktif dengan PAS. Pendedahan beliau menerima kutukan hebat dari pemerhati politik kerana sangat lemah untuk mengaitkan PAS dengan tuduhan suapan dari Umno. Ustaz Nasharuddin yang dituduh pula menafikan sekerasnya tuduhan itu, dan sehingga hari ini Rafizi tidak menunjukkan bukti.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/08/14/pkr-minta-maaf-fitnah-khalid-ibrahim/

Kesimpulannya, walaupun penyelewengan dan kesilapan urus tadbir perlu untuk ditangani, tetapi menggunakan cara pembohongan adalah tidak boleh diterima dalam bergerak ke arah kematangan berpolitik. Politik kita haruslah berasaskan kebenaran dan fakta, bukan persepsi yang diada-adakan semata-mata. Politik juga haruslah rasional dan profesional. Bukan main redah begitu sahaja. Akhirnya kita terpaksa menanggung akibat kecuaian sendiri.

Nama Rafizi melonjak naik di awal penglibatan beliau di arena politik. Beliau berpotensi untuk terus maju ke hadapan. Tetapi kesilapan mengamalkan politik tidak matang dan gelojoh mengakibatkan kredibiliti beliau tercalar. Kalangan terpelajar mungkin tidak akan mempedulikan lagi kata-kata beliau selepas ini. Sokongan kepada partinya juga boleh merudum disebabkan salah lakunya. Mungkin juga akan mencemarkan nama semua ahli politik pembangkang yang lain.

 



Comments
Loading...