AKTA ANTI BERITA TIDAK BENAR WAJAR DISOKONG SEMUA PIHAK


KE ARAH POLITIK MALAYSIA YANG MATANG (SIRI 17)

DARI SUDUT LAIN

Dua hari lepas, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Berita Tidak Benar yang mula dibentangkan minggu lepas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata bacaan kali pertama RUU itu dicadang dibuat di Dewan Rakyat pada minggu depan.

Pembentukan RUU itu bertujuan untuk mengenakan hukuman ke atas beberapa kesalahan berhubung penyebaran berita tidak benar dan langkah bagi mengekang berita tidak benar. Azalina sebelum ini menjelaskan

“RUU ini digubal demi kepentingan masyarakat umum bagi melindungi rakyat daripada lambakan berita tidak benar serta menjadi mangsa kepada berita tidak benar. Bagaimanapun, RUU ini sama sekali tidak menyekat hak kebebasan bersuara rakyat sebagai mana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Pada masa sama, RUU ini akan memberikan mesej yang jelas bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan apa-apa perkara yang boleh memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.”

Baca lanjut di:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/402149/kabinet-lulus-ruu-antiberita-tidak-benar

Secara dasarnya, tujuan diperkenalkan RUU ini adalah sangat baik. Berita palsu yang tersebar di media sosial terutamanya semakin berleluasa hari ini. Kesannya amat buruk sehingga menyebabkan ahli politik hilang kepercayaan, ahli perniagaan menanggung kerugian, keluarga dan komuniti menjadi tegang dan sebagainya. Sehingga kerajaan terpaksa mewujudkan satu portal rujukan www.sebenarnya.my kepada rakyat bagi mengenal pasti apakah berita yang ditularkan sahih ataupun tidak.

https://www.nst.com.my/news/2017/02/211795/problem-fake-news-opposition?m=1

Langkah memperkenalkan Akta Anti Berita Tidak Benar menjadi semakin popular akhir-akhir ini terutama di Eropah. Presiden Perancis, Emmanuel Macron mahu pemantau media Perancis (CSA) diberikan kuasa untuk memerangi propaganda yang dimainkan oleh stesen TV yang dikawal atau dipengaruhi oleh negara asing. Presiden Perancis itu juga merancang untuk memperkenalkan undang-undang bagi meningkatkan ketelusan mengenai kandungan media sosial. Jerman pula sudah menguatkuasakan undang-undang yang boleh mendenda sehingga 50 juta Euro bagi pemilik akaun media sosial yang gagal memadamkan sebaran berita palsu dalam tempoh 24 jam. Parlimen Ireland pula sedang membentangkan undang-undang serupa dalam memerangi peningkatan akaun media sosial palsu, propaganda dan kempen pilihanraya yang tidak demokratik.

Terbaru, UK menyatakan hasrat tinggi dalam memperkenalkan undang-undang serupa. Setakat ini mereka sedang menubuhkan Skuad Anti Berita Palsu. Mereka percaya peranan besar telah dimainkan oleh berita palsu sehingga memberi kesan kepada Brexit dan polisi-polisi pentadbiran negara terbabit. Malah mereka telah mengecam syarikat Facebook dan Twitter serta mengugut akan menyekat akses dua portal media sosial popular berkenaan sekiranya mereka tidak bersifat proaktif dalam membendung berita palsu yang dipercayai didalangi Rusia itu.

http://www.bbc.com/news/world-europe-42802295

Institusi agama turut dilibatkan dalam memerangi berita palsu ini. Pada 13 Mei 2017, Ketua agama Kristian Katolik, Pope Francis telah mengeluarkan kenyataan mengenai berita palsu sebagai menyambut pembukaan Persidangan Katolik Dunia yang diadakan di Vatican City, Roma Itali. Menurut beliau, berita palsu pertama adalah riwayat mengenai kisah ular bersama Adam, Hawa dan syaitan yang termaktub di dalam Injil kepercayaan mereka. Ia dipercayai sebagai respon kepada trend negara-negara Eropah yang semakin mengambil berat berkenaan berita palsu ini.

http://www.bbc.com/news/world-europe-42802295

https://www.engadget.com/2018/01/24/uk-anti-fake-news-squad/

Di dalam Islam, pembohongan adalah termasuk di dalam kesalahan dan merupakan satu dosa yang besar. Tuduhan palsu dalam perkara berkaitan zina dikenakan hukuman hudud dan tidak akan diterima lagi penyaksian mereka selepas daripada itu. Justeru itu sepatutnya akta sebegini sudah lama dilaksanakan di negara yang bermajoriti muslim seperti Malaysia ini mendahului negara-negara Eropah.

Namun, akta yang baik seperti ini juga ditentang oleh sebahagian parti politik di Malaysia yang tidak matang. Menurut MP Padang Serai daripada PKR, undang-undang anti berita tidak benar adalah bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Ia akan menyekat kebebasan bersuara yang dijamin oleh sistem demokrasi. Had hukuman yang dicadangkan iaitu sebanyak RM500 000 maksimum juga disifatkan sebagai keterlaluan.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/03/26/fake-news-law-is-a-fake-law-says-surendran/

Pandangan beliau amat jelek kerana menganggap berita tidak benar sebagai sebahagian daripada kebebasan bersuara. Walhal yang mahu diperangi hanyalah berita tidak benar semata-mata, bukannya keseluruhan berita-berita tanpa mengira kesahihan.

Namun sekiranya melihat kepada budaya politik PKR, pandangan Surendran bukanlah satu perkara yang menghairankan. Ini kerana mereka memang pakar dalam mencipta berita-berita tidak benar. Jika masih ingat, YB Rafizi Ramli pernah mengeluarkan kenyataan menghentam Rahman Dahlan tanpa usul periksa sehingga tersilap orang. Saifuddin Nasution pernah mengeluarkan dokumen 91 mukasurat mendedahkan salah laku bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semasa pemerintahan beliau. Setelah diambil tindakan undang-undang, beliau mengaku laporan tersebut adalah palsu semata-mata.

Baca lanjut:

http://www.malaysia-today.net/2017/12/25/cara-fitnah-rafizi-tidak-baik-untuk-budaya-politik-negara/

Akta Antiberita Tidak Benar bukan hanya ditentang oleh PKR, malah oleh semua parti di dalam PH. PAN melalui Timbalan Ketua Pemudanya Faiz Fadzil dan DAP melalui Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan mengkritik akta yang dianggap hanya melindungi kepentingan pemerintah semata-mata dan menyekat kebebasan media di negara ini. Malah, mereka turut menjadikan isu ini sebagai alasan untuk menuduh PAS bersekongkol dengan kezaliman Umno sebagaimana yang sering diperkatakan.

https://www.malaysiakini.com/news/418138

https://www.roketkini.com/2018/04/03/pas-bn-bersekongkol-sokong-akta-sekat-kebebasan-akhbar/

Keadaan seperti ini tidak menggambarkan Malaysia menuju ke arah kematangan berpolitik. Pembangkang terutamanya PH masih lagi meletakkan semua perkara dalam bakul politik. Semua perkara dikaitkan dengan politik. Di samping itu mereka masih mengekalkan budaya membangkang semua perkara yang dicadangkan oleh pemerintah. Cadangan pemerintah itu adalah keperluan mendesak negara demi kestabilan negara. Walaupun berita palsu telah memberi kesan buruk kepada ramai pihak di Malaysia, tetapi kerana mereka pembangkang, mereka tetap membangkang semuanya!

 



Comments
Loading...