Ehh…Najib Dah Menang Ke Lawan Mahathir Sampai Dijulang Ni?


e35ddf8fca45dc85cbef4883e4ee68d1

Apakah tujuan Pemuda UMNO berbuat demikian sebagai suatu provokasi agar Tun Mahathir terus menyerangnya lagi?

Shahbudindotcom

Tidak cukup dengan menzahirkan sokongan penuh, menjerit slogan “Lawan Tetap Lawan” dan menyanyikan lagu “Inilah Barisan Kita”, Pemuda UMNO bertindak lebih ke depan dalam kemelut politik yang sedang berlaku sekarang dengan bertindak menjulang Perdana Menteri, Najib Razak.

Aksi itu diperlihatkan selepas Najib mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pemuda UMNO seluruh negara di PWTC semalam bagi menjelaskan pelbagai isu seperti 1MDB, Altantuya dan sebagainya yang menjadi asas serangan bertali arus oleh Tun Mahathir.

Tetapi menjulang Najib selepas pertemuan itu menimbulkan lebih banyak persoalan daripada sekadar bertujuan menunjukkan sokongan.

Perlukah Pemuda UMNO berlebih-lebihan sehingga ke peringkat menjulang Najib?

Najib hakikatnya tidak boleh lagi dijulang sebab beliau tidak menang sebarang pertandingan dan belum juga menang dalam pertembungannya dengan Tun Mahathir.

Read more at: http://shahbudindotcom.blogspot.com/2015/04/ehhnajib-dah-menang-ke-lawan-mahathir.html

 



Comments
Loading...