KP Kastam Sahkan Kerajaan PH yang curi duit ‘refund’ GST


Benarkah wang hilang? Kenyataan KP JKDM ini membuktikan Kerajaan BN sebelum ini telah membayar RM63.9 bilion tuntutan GST yang dimasukkan ke tabung amanah dari Kumpulan Wang Disatukan.

(Sabahkini) – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengakui tuntutan bayaran balik GST sebanyak RM82.9 bilion tidak dibayar sepenuhnya.

Bagaimanapun kata Ketua Pengarahnya, Dato’ Sri Subromaniam Tholasy dari April 2015 hingga penghujung Mei 2018, RM63.9 bilion bayaran yang telah dipindahkan ke akaun amanah.

“JKDM ada menuntut RM82.9 bilion daripada Mesyuarat Tabung Amanah Bulanan ini untuk tujuan pembayaran balik GST dalam tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Mei 2018 tetapi jumlah penuh tidak dipindahkan kepada Tabung Amanah.

“Oleh itu, pada 31 Mei 2018, Tabung Amanah masih memerlukan dan mengalami kekurangan untuk membayar tunggakan bayaran balik cukai GST sebanyak RM19.4 bilion,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah menafikan dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kerajaan BN melesapkan RM19.4 bilion yang sepatutnya untuk bayaran balik GST.

Irwan berkata wang itu dimasukkan dahulu dalam akaun kumpulan wang disatukan dan jumlah bagi bayaran balik dimasukkan dalam akaun amanah secara bulanan berdasarkan keperluan Jabatan Kastam, hasil audit terhadap tuntutan bayaran balik dan kedudukan hasil kerajaan.

Beliau berkata ia selepas mesyuarat pengurusan aliran tunai kerajaan persekutuan yang diadakan setiap bulan.

“Setiap sen dikira, ia adalah duit rakyat, lebih penting ia berada dalam Kumpulan Wang Disatukan, kemudian bila diperlukan, ia akan dikeluarkan,” katanya

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...