RM 3 JUTA SEBULAN DUIT RAKYAT SELENGGARA KAPAL THE EQUANIMITY?


Nasrudin bin Hassan
Kenyataan Media Ketua Penerangan PAS Pusat

1. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Haron telah menjelaskan pada 7hb Mac 2018 bahawa kapal layar mewah The Equanimity didakwa milik peribadi taikun Jho Low dan tiada kaitan dengan siasatan 1MDB.

2. Kenyataan KPN adalah respon terhadap tindakan melucut hak sivil yang dilakukan oleh DOJ Amerika Syarikat terhadap Jho Low. Mahkamah di Indonesia juga telah mengarahkan agar The Equanimity yang berada di Bali dipulangkan kepada pemilik sebenar kerana telah disita secara salah.

3. Walau bagaimanapun, YAB Perdana Menteri bercanggah pendapat dan menganggap kapal tersebut dibeli dengan menggunakan duit 1MDB. Lebih pelik lagi, Menteri Kewangan pula merancang untuk menjual The Equanimity pada harga tertinggi sehingga AS$250 juta (RM1 bilion).

4. Mengapa tiba-tiba semalam peguam 1MDB pula berkata kerajaan akan menanggung kira-kira RM3 juta sebulan untuk menyelenggara kapal tersebut?

5. Tentu sahaja wang rakyat tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan untuk menyelenggara kapal mewah The Equanimity. Walhal, kapal tersebut belum diketahui siapa pemilik sebenarnya dan akan ambil masa 6 bulan untuk menentukan kepemilikannya.

6. Bukankah kerajaan PH selama ini sangat prihatin terhadap isu 1MDB kerana kononnya telah mengorbankan dana kerajaan yang juga merupakan  wang rakyat. Jadi, mengapa sekarang perlu libatkan wang rakyat untuk menanggung kos penyelenggaraan kapal?

7. Lebih baik duit tersebut digunakan untuk membiayai elaun sara hidup nelayan dan peneroka FELDA.

Sejahtera Bersama Islam

RM3 juta sebulan untuk menyelenggara The Equanimity

 



Comments
Loading...