LTTE Bukan Pengganas – Pemuda MIC


(Perak Today) – Seorang wakil pembangkang, Datuk C Sivaraajh (BN-MIC Cameron Highlands) menarik perhatian apabila mendakwa Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) bukan kumpulan pengganas.

Sebaliknya, beliau yang juga Ketua Pemuda MIC mendakwa LTTE lebih menjurus kepada kumpulan pejuang kebebasan seperti kumpulan lain yang terbabit dalam gerakan pembebasan penindasan.

“Saya ingin tegaskan di Dewan yang mulia ini, LTTE bukan satu kumpulan pengganas tetapi pejuang kebebasan. Kita harus memberi penghormatan kepada kumpulan ini dan menjaga sentimen kaum lain.

“Begitu juga saya mohon jangan analisis sejarah mengikut hati sehingga menimbulkan kemarahan kepada orang dan kaum lain,” katanya ketika membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Selama tiga dekad, LTTE dikatakan bermaharajalela dengan mencetuskan pelbagai serangan dan konflik etnik di Sri Lanka.

LTTE turut dilabel sebagai pengganas antarabangsa oleh 32 negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) selain berstatus dikehendaki di India.

Sivaraajh turut menyokong usaha meminda Akta 164 Perlembagaan Persekutuan bagi menggugurkan Fasal 88A mengenai penukaran status agama anak hanya boleh dilakukan selepas mencapai usia 18 tahun dan perlu mendapat persetujuanibu bapa.

“Ini adalah peluang keemasan bagi kerajaan meminda akta berkenaan,” katanya.

 



Comments
Loading...