KERAJAAN TEKNOKRAT ATASI KEBUNTUAN POLITIKING


KE ARAH POLITIK MALAYSIA YANG MATANG (SIRI 14)

DARI SUDUT LAIN

Kekalutan negara yang berlaku pada hari ini adalah berpunca daripada politiking yang melampau. Segala dasar, polisi dan keputusan negara dinilai mengikut untung rugi politik. Langkah-langkah politik yang diambil banyak merugikan rakyat. Anjakan ke arah yang lebih baik dan maju tersekat kerana kepentingan orang-orang politik dan mereka yang berada di sebaliknya.

Jika diimbas pada tahun 1988, negara dilanda krisis perlembagaan yang dahsyat. Kita menyaksikan campurtangan melampau ke atas kuasa kehakiman oleh kuasa eksekutif apabila Tun Salleh Abas dipecat daripada jawatan Ketua Hakim Negara. Antara puncanya kerana Perdana Menteri waktu itu Tun Dr Mahathir tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah mengharamkan UMNO. Ketika itu keputusan pemilihan UMNO yang memenangkan Dr Mahathir telah dicabar di mahkamah kerana didakwa berlaku penipuan.

Sama juga pada tahun 2014. Selangor secara khususnya dikejutkan dengan Pilihanraya Kecil DUN Kajang apabila penyandangnya meletakkan jawatan tiba-tiba. SPR terpaksa membentuk jawatankuasa dan mengheret ramai penjawat awam menumpukan perkara tersebut. Jutaan ringgit dihabiskan untuk proses PRK. Puncanya adalah kerana projek Kajang Move, iaitu projek menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) daripada jawatan Menteri Besar kepada Dato Seri Anwar Ibrahim. Hampir setahun Selangor diheret dalam krisis yang membawa kepada episod keputusan liwat Anwar, penggantian Wan Azizah di Kajang, kemurkaan istana terhadap PKR, dan perlantikan Azmin sebagai MB baharu.

Pada tahun 2017, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pernah mengeluarkan satu isu berhubung kumpulan kongsi gelap 9 Dragon. Mereka mendedahkan bahawa kumpulan ini dilindungi pihak berkuasa dan ahli politik. Gengster di Malaysia dan ahli politik saling membantu antara satu sama lain. Malah bekas Ketua polis negara, Tan Sri Musa Hasan turut menyatakan perkara serupa.

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/9-dragons-didalangi-ahli-politik-berpengaruh/?t=123

Semua keadaan ini sangat merugikan negara. Ini belum dikira dari aspek kemampuan orang politik sendiri dalam pentadbiran negara. Justeru itu solusi bagi mengatasi kelemahan yang berpunca dari golongan politikus harus dicapai.

Di kalangan parti-parti politik, terdapat cadangan yang baik dilontarkan oleh PAS iaitu membentuk sebuah ‘kerajaan teknokrat’. Ia telah disebut oleh Presiden PAS dalam satu kenyataan beliau pada tahun 2015. Pada tahun 2016, beliau mengeluarkan artikel khusus berkait penerangan tentang kerajaan teknokrat. Hujung 2017, beliau masih memperkatakan tentang idea tersebut apabila wartawan bertanyakan soalan mengenai persiapan pilihanraya PAS. 2018 iaitu beberapa hari lepas, Timbalan Presiden PAS pula mengeluarkan artikel penjelasan berhubung beberapa idea PAS termasuk kerajaan teknokrat.

http://harakahdaily.net.my/index.php/berita/15-tanah-air/4874-tanding-130-kerusi-king-maker-3rd-force-dan-kerajaan-teknokrat

nampaknya PAS begitu konsisten dengan idea ini. Dijangkakan sekiranya mereka berjaya mengambil peranan sebagai king-maker, kerajaan teknokrat akan menjadi tuntutan utama mereka kepada sesiapa yang bakal mengetuai kerajaan.

Berkenaan kerajaan teknokrat, mengikut penerangan daripada Presiden PAS, yang dimaksudkan bukanlah kerajaan mengikut pemahaman sosialisme yang cenderung kepada pemerintahan aristokratik. Sebaliknya ia bermaksud sebuah kerajaan yang ditadbir oleh pakar-pakar dalam bidang-bidang tertentu bertujuan untuk memulihkan masalah semasa negara. Sebagai contoh, jawatan Menteri Kewangan diberikan kepada pakar ekonomi ataupun ahli akademik di bidang ekonomi, Menteri Pertanian diberikan kepada pakar dalam bidang pertanian dan sebagainya tanpa mengambil kira daripada parti mana, hatta jika tidak berparti dan tidak pernah terlibat dengan politik sekalipun.

Menurut beliau lagi, model kerajaan teknokrat adalah selari dengan ajaran Islam yang mementingkan aspek kelayakan (meritokrasi) dalam pemilihan pemimpin. Kerajaan teknokrat telah diamalkan oleh berbagai negara terutama barat di era moden ini dengan matlamat memulihkan krisis yang melanda negara. Setakat ini, 24 daripada 27 negara Kesatuan Eropah (EU) telah menggunakan konsep kerajaan teknokrat dengan melantik golongan teknokrat sebagai ketua negara. Sekurang-kurangnya terdapat tiga Kerajaan Teknokrat penuh dalam sepuluh tahun yang lalu di negara anggota EU iaitu Monti di Itali (2011-2013), Gordon Bajnai dalam Hungary (2009-2010), dan Jan Fischer di Republik Czech (2009-2010).

Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti tulisan Presiden PAS:

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/53-presiden/740-kerajaan-teknokrat-kelangsungan-pemerintahan

Jika dikaji dengan lebih teliti, sebenarnya PAS sudah mengamalkan konsep kerajaan teknokrat walaupun tidak secara sepenuhnya. Ini berlaku pasca PRU 2013, apabila PAS memiliki kuasa memilih Menteri Besar di Selangor kerana berjaya meraih jumlah kerusi tertinggi iaitu 15. Walaupun berkongsi jumlah yang sama dengan DAP, tetapi PAS memiliki kelebihan perkenan istana kerana mewakili melayu. Akan tetapi PAS menamakan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR untuk kekal sebagai MB untuk sesi seterusnya. Menurut PAS, ini kerana pencapaian TSKI sangat baik di Selangor dan perlu dikekalkan terutama dalam menjana ekonomi negara tersebut. TSKI sebelum ini merupakan tokoh korporat yang terkenal. Pengarah Eksekutif PNB dan pernah mengejutkan gelanggang korporat antarabangsa dalam peristiwa Dawn Raid.

https://www.researchgate.net/publication/228120150_The_’Unfinished_Business’_of_Malaysia’s_Decolonisation_The_Origins_of_the_Guthrie_’Dawn_Raid

PAS juga pernah melantik bekas Ketua Hakim Negara menjadi calon mereka di DUN Jertih, Terengganu  pada PRU 1999. Apabila berjaya mencapai kemenangan, PAS terus melantik beliau sebagai exco negeri dan hasilnya, PAS berjaya menggubal enakmen jenayah syariah 2003 sebagaimana agenda yang sering diperjuangkan oleh PAS.

PAS memiiki berbagai agenda besar untuk negara. Dokumen Hijau, WINS 2051, RUU355, dan komitmen-komitmen mereka di negeri-negeri seperti air percuma di Selangor, penyelesaian royalti di Terengganu dan Kelantan dan berbagai lagi. Untuk merealisasikan segala hasrat ini, sudah tentu PAS akan mencari golongan teknokrat sebagai proksi untuk diangkat menjadi pemimpin negara.

Walaubagaimanapun, merealisasikan kerajaan teknokrat di peringkat persekutuan akan melibatkan beberapa komplikasi perundangan. Tetapi ianya bukanlah satu perkara yang mustahil. Dalam keadaan negara yang begitu gawat sekarang, ahli politik memerlukan ‘tempoh bertenang’ dan menyerahkan urusan pentadbiran negara kepada golongan teknokrat sebagai caretaker government (kerajaan sementara).

 



Comments
Loading...