Khairy lihat Anwar ‘pilihan terbaik’ satukan negara akibat politik kaum


(MMO) – Datuk Seri Anwar Ibrahim pemimpin terbaik untuk menyatukan negara yang kini terpecah oleh politik perkauman, kata Khairy Jamaluddin.

“Anwar bercakap bahasa kemodenan dan beliau bercakap bahasa tradisi, terutamanya mengenai Islam, dan juga identiti Melayu,” kata bekas menteri belia dan sukan.

Bekas ketua Pemuda Umno itu merujuk presiden PKR, dianggap calon perdana menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad, di Singapura seperti laporan South China Morning Post.

“Selagi politik identiti kekal sebagai penanda penting dalam politik Malaysia, saya fikir Anwar mungkin satu-satunya pemimpin dalam Pakatan Harapan yang boleh menangani politik identiti dan menghalangnya daripada lebih memburuk daripada yang boleh terjadi.”

Seperti diumum oleh Pakatan Harapan menjelang pilihan raya umum Mei lalu,  Dr Mahathir akan melepaskan jawatannya kepada Anwar. Namun tempoh tersebut tidak dinyatakan secara khusus.

Dr Mahathir bagaimanapun pernah membayangkan tempoh tersebut mungkin dua tahun walau ada desakan baru agar beliau meneruskan perkhidmatannya sehingga penggal ini berakhir.

 



Comments
Loading...