Lima pengarah KK Super Mart, pembekal dituduh esok


Lima pengarah rangkaian kedai serbaneka KK Super Mart dan pembekal Xin Jian Chang Sdn Bhd akan dituduh di mahkamah esok berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah.

(Harian Metro) – Semua individu berkenaan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada jam 9 pagi.

Difahamkan mereka akan didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan kerana perbuatan melukakan perasaan agama seseorang.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di rangkaian kedai serbaneka.

Seri Paduka Baginda bertitah, bertitah mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam isu ini berdasarkan siasatan pihak berkuasa.

Pada 13 Mac lalu, tular dalam media sosial isu stoking tertera kalimah ‘Allah’ dijual sebuah cawangan KK Mart di Selangor, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Dalam pada itu, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dilaporkan memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah ‘Allah’, di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Syarikat itu berkata, jualan stoking berkenaan dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal.

Pengendali rangkaian kedai serbaneka itu turut meminta supaya pengguna tidak memboikot perniagaan berkenaan.



Comments
Loading...