Muhyiddin mahu ganti Hamzah dengan Azmin


(Suara TV) – Gelora dalaman parti Bersatu dikhabarkan semakin kencang apabila didakwa akan berlaku penggantian posisi Setiausaha Agung parti itu.

Difahamkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhasrat ingin menggantikan kedudukan Datuk Seri Hamzah Zainudin dengan Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sumber memaklumkan pergolakan perang dalam Bersatu kian memuncak.

“Angin bertiup kencang, Muhyiddin nak tukar Hamzah daripada Setiausaha Agung Bersatu.

“Boleh dikatakan perang kuat dalam Bersatu sekarang.

“Kedudukan Hamzah mungkin akan digantikan dengan Azmin,” dakwa sumber itu.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal memberitahu, Bersatu sebenarnya berpeluang menjadi lebih baik jika dipimpin oleh Setiausaha Agung parti itu, Hamzah Zainudin.

Bahkan Syed Abu Hussin juga mendakwa Hamzah sendiri bersedia memimpin Bersatu.

Meskipun enggan mengesahkan, namun Syed Abu Hussin akui ada kem berbeza antara Muhyiddin dan Hamzah.

 



Comments
Loading...