Mahathir jawab Anwar: ๐“๐”๐ƒ๐”๐‡โ€ฆ๐“๐€๐Š ๐๐„๐‘๐‹๐” ๐๐”๐Š๐“๐ˆ


๐ƒ๐‘ ๐Œ๐€๐‡๐€๐“๐‡๐ˆ๐‘ ๐๐ˆ๐ ๐Œ๐Ž๐‡๐€๐Œ๐€๐ƒ

1. Anwar tuduh saya memiliki berbillion Ringgit kerana menyalahguna kuasa semasa jadi Perdana Menteri.

2. Saya minta bukti kebenaran kenyataan ini.

3. Anwar tidak bagi bukti.

4. Saya saman Anwar kerana fitnah terhadap saya.

5. Saya minta bukti dikemuka dalam mahkamah.

6. Setahun sudah berlalu.

7. Tidak ada bukti ditunjuk.

8. Akhir sekali konon bukti ada pada Petronas.

9. Petronas terletak bawah Anwar.

10. Tetapi sebaliknya anak saya didakwa dengan ugutan jikalau dia buat apa-apa tindakan yang pendakwa anggap bertentangan dengan dakwaan dia akan dipenjara selama lima tahun.

11. Tidak disebut akan dihadap ke mahkamah.

12. Inilah Reformasi.

13. Di luar Kerajaan cakap tentang kezaliman pihak berkuasa.

14. Bila jadi Kerajaan dan berkuasa laku lebih buruk kezaliman terhadap musuh politik.

15. Kalau sokong jadi kawan.

16. Perbicaraan mahkamah pun boleh dihenti.

17. Ramai nama penyokong Kerajaan dalam Pandora papers seperti Timbalan Perdana Menteri, YB Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Ahli Parlimen Selayang, YB William Leong Jee Keen dan YBM Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak disiasat, jauh sekali dari didakwa. Terdapat juga nama beberapa ahli perniagaan seperti Lim Kok Thay, Mahmud Bekir, Tiong Hiew King, Larry Low Hock Ping, Datuk Yamani Hafez bin Tan Sri Musa dan mendiang Tan Sri G Gnanalingam dalam Pandora papers.

18. Inilah keadilan Reformasi.

 



Comments
Loading...