SD itu tak sah, tak wujud – Zahid


(Suara TV) – Dakwaan Perikatan Nasional (PN) sudah mempunyai Akuan Bersumpah (SD) yang mencukupi menukar kerajaan tidak boleh diterima.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata SD itu tidak sah.

“SD itu tidak sah,” katanya selepas melawat dan menghadiri Mesyuarat Koordinasi Bersama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan FELDA di Ibu Pejabat FELDA, pada Selasa, lapor BH.

Beliau mengulas dakwaan mengatakan PN sudah mempunyai SD daripada Ahli Parlimen yang mencukupi untuk mengambil alih kerajaan. SD berkenaan dikatakan daripada Ahli Parlimen yang menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kelmarin, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan berkata PN sudah mempunyai jumlah SD yang mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN bagaimanapun tidak memaklumkan secara terperinci termasuk mengenai jumlah SD yang diperoleh.

Bagaimanapun, Sabtu lalu Pejabat Ketua Pembangkang menafikan dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan kepada 118 Ahli Parlimen daripada PN untuk datang menghadap baginda bersama SD masing-masing.

Kenyataan itu didakwa dikeluarkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin seperti ditularkan di media sosial, juga adalah palsu.

Ditanya dakwaan ada Ahli Parlimen Umno-BN yang menandatangani SD itu, Zahid perkara itu tidak timbul kerana SD itu sebenarnya tidak ada.

 



Comments
Loading...