PN sudah cukup SD? Anwar enggan layan dakwaan Sanusi


(Malaysiakini) – Perdana Menteri Anwar Ibrahim enggan melayan dakwaan Pengarah Pilihan Raya PAS, Muhammad Sanusi Md Noor bahawa pembangkang telah berjaya memperoleh sekitar 120 akuan berkanun (SD) untuk menjatuhkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

“Tak apa. Tak perlu komen. (Biar)..Saya kerja,” kata kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan Sanusi yang mendakwa PN sudah mengumpulkan SD yang mencukupi dan pembangkang hanya menunggu hari untuk mengumumkannya.

Anwar juga berkata dia hanya akan menjawab isu-isu yang besar sahaja.

“Kalau kes isu besar, saya jawab,” katanya ketika ditemui dalam program Simposium Tatakelola Baik Nasional 2024, di Sepang, hari ini.



Comments
Loading...