Wahab seperti anak saya sendiri – Mohammad Agus


(Suara TV) – ‘Saya anggap Wahab seperti anak saya sendiri, begitu jelas Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff mengenai video dirinya bersama pegawai Jkom, mengaitkan dirinya bersama Abdul Wahab yang tular semalam.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) itu menjelaskan video tersebut hanyalah sekadar panggilan biasa.

Menurutnya, video tersebut telah diedit oleh pihak yang ingin menjatuhkan dirinya.

“Video itu perbualan lucah dengan saudara Wahab telah tular petang semalam.

“Saya nafikan, saya ingin katakan video itu telah disunting.

“Bukan saya yang record mungkin di sebelah saya ini yang saya anggap seperti anak ini (Wahab) dia yang record,” jelasnya dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Tenera Hotel hari ini.

Semalam, Agus telah menghantar surat meletak jawatan ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

 



Comments
Loading...