Duta sahkan Amerika Syarikat ugut Malaysia


(Suara TV) – Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ‘diugut’ oleh Amerika Syarikat berkaitan isu Palestin.

Mohamed Nazri, yang dipetik Astro Awani, menyelar dakwaan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bahawa demarche (tata tindak) daripada pihak Amerika Syarikat terhadap Malaysia bukanlah satu ugutan seperti yang didakwa oleh Perdana Menteri.

Menurut Mohamed Nazri lagi, sama ada demarche itu satu ugutan atau tidak bergantung kepada isinya.

“Jika tata tindak itu bersifat umum bolehlah dia nak kata bahawa ia bukan satu ugutan. Tetapi yang bercakap dengan pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat itu saya maka saya lebih memahami isi kandungannya,” kata Mohamed Nazri kepada AstroAwani.

 



Comments
Loading...