Dendam kesumat SM Faisal terhadap Maria Chin


Pejuang Kebenaran

1. SM Faisal adalah watak kontroversi. Dia pelakon lucah video porno sofa red velvet. Perceriaian nya dengan bekas isterinya, Emilia Hanafi, pada 2016 menjadi bualan ramai apabila Emilia mengadu di pukul bantai dan menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak tahun 2011.

2. Perceraian mereka menjadi kontroversi hangat apabila SM Faisal mengambil tindakan penghinaan terhadap Emilia dan Mahkamah Tinggi Syariah menyebelahi SM Faisal dengan menjatuhkan hukuman penjara ke atas Emilia hanya kerana menukar tarikh lawatan anak-anak.

3. Pejuang hak wanita Ahli Parlimen YB Maria Chin mengkritik keputusan itu. Untuk menunjukkan kuasanya, SM Faisal pula mengambil tindakan penghinaan Mahkamah terhadap Maria Chin. Sekali lagi Mahkamah Syariah menyebelahi SM Faisal dan menghukum Maria Chin dengan 7 hari penjara!

4. Masalahnya ialah prosedur penghinaan yg diambil oleh SM Faisal terjadap Maria Chin adalah cacat dan tak sah. Mahkamah Syariah juga tidak ada bidangkuasa jenayah penghinaan Mahkamah. Tapi Mahkamah Syariah tidak kisah tentang pelanggaran undang2. Yang penting Maria Chin, seorang Mualaf, mesti diajar secukupnya supaya jangan berani mengkritik Mahkamah Syariah.

5. Proses cacat dan tindakan pengkomitan yg menyalahi undang-undang oleh SM Faisal dan Mahkamah Syariah disedari oleh Pejabat Peguam Negara dan peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP). Oleh sebab itu, mereka rasa kes ini perlu diselesaikan. Mereka sudah pun tandatangani Perintah Persetujuan Penyelesaian kerana kes cerai dan tuntutan lain antara SM Faisal dan Emilia Hanafi sudah pun ditamatkan secara keseluruhan (global settlement).

6. Tapi SM Faisal orang angkuh. Walaupun  Peguam Negara dan MAWIP sudah setuju untuk selesai, SM Faisal berkeras mahu Maria Chin dipenjarakan. Ini lah keangkuhan dan dendam kesumat orang muda. Patutkah Mahkamah dijadikan medan melampiaskan kemarahan orang angkuh seperti ini?

 



Comments
Loading...