Fatwa Abdul Hadi berubah setiap kali pilihan raya – Mat Sabu


“Puji DAP adalah parti yang progresif dan menjunjung Perlembagaan. Apabila bercerai (memutuskan hubungan) DAP dikatakan komunis pulak.

(Sinar Harian) – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sering mengeluarkan fatwa yang berubah-ubah setiap kali menjelang pilihan raya.

Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, contohnya sebelum ini pernah menyatakan akidah orang UMNO sudah rosak tetapi selepas itu boleh bersama dengan parti tersebut dengan alasan UMNO dan BN adalah anugerah ALLAH.

“Puji DAP adalah parti yang progresif dan menjunjung Perlembagaan. Apabila bercerai (memutuskan hubungan) DAP dikatakan komunis pulak. Ini tak pelik, ‘he will change in every election’ tapi orang Islam percaya apa dia cakap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Khas Membongkar Pembohongan Hadi Awang di Taman Sri Kaseh di sini pada malam Isnin.

Turut hadir Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan.

Dalam pada itu, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengakui terkilan dengan Abdul Hadi apabila turut sama bersekongkol menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas 22 bulan memerintah menerusi Langkah Sheraton.

“Sepatutnya dia tidak bersetuju bersama kumpulan Sheraton tumbangkan kerajaan, patutnya dia cakap sabar, kita sedang menuju kemenangan, sabar sikit kita boleh ambil alih (kerajaan Persekutuan) tetapi tidak sebaliknya bersama gerombolan tumbangkan kerajaan.



Comments
Loading...