4 kisah dongeng paling terkenal mengenai Anwar


(Harakah) – HEBOH Se-Malaysia apabila Anwar cuba menjadi hero rakyat dengan melupuskan hutang peneroka FELDA, sedangkan dua tahun sebelum itu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah umumkan.

Tahukah anda bahawa sebelum ini pun sudah banyak usaha, kejayaan dan pencapaian pihak lain akan di‘claim’ oleh Anwar dan kemudiannya akan disebarkan oleh taksuber beliau.

Berikut ialah empat kisah dongeng paling lencun mengenai pencapaian hebat Anwar:

1. Menubuhkan UIA.
2. Menubuhkan Bank Islam.
3. Perkenalkan pakaian sekolah tutup aurat.
4. Demonstrasi Baling.

1. Menubuhkan UIA

Falsafah UIA diinspirasikan daripada rumusan yang dicapai pada Persidangan Pendidikan Islam Antarabangsa yang pertama yang telah berlangsung di Makkah pada tahun 1977.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) ditubuhkan hasil daripada aspirasi para sarjana Islam di Malaysia untuk mewujudkan sebuah universiti Islam di Malaysia yang bakal menerajui umat Islam dalam semua bidang keilmuan.

Cadangan penubuhan UIA telah dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Keempat pada 12 Januari 1982. UIA ditubuhkan secara rasmi pada 20 Mei 1983 oleh Kerajaan Malaysia.

2. Menubuhkan Bank Islam

Pada awal tahun 1970-an, kejayaan penubuhan sebuah Bank Islam di Jeddah, iaitu Islamic Development Bank (IDB) telah mencetuskan ilham kepada negara-negara Islam untuk turut menubuhkan sebuah Bank Islam yang sama. Berikutan itu satu kajian yang terdiri daripada Tabung Haji, PERKIM dan beberapa pertubuhan Islam lain mengemukakan cadangan Bank Islam kepada kerajaan.

Pada 1981, Jabatan Perdana Menteri, menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Mengenai Bank Islam. Jawatankuasa Pemandu ini mengemukakan laporan pada tahun 1982 yang mencadangkan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Kerajaan menerima cadangan ini dan BIMB pun ditubuhkan pada 1 Mac 1983, dan Datuk Dr Abdul Halim Ismail dilantik sebagai Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad.

Bagi kedua-dua penubuhan UIA dan BIMB, Anwar belum lagi menyertai Jemaah Kabinet Kerajaan Persekutuan. Malah diceritakan oleh pemimpin-pemimpin veteran Umno bahawa Tengku Razaleigh telah menggunakan projek Bank Islam yang sedang dalam rangka penubuhan untuk mengumpan Anwar menyertai Umno.

Anwar memenangi Parlimen Permatang Pauh pada 1982 dan dilantik sebagai Timbalan Menteri di JPM. Pada 1983 beliau dilantik sebagai Menteri Budaya, Belia dan Sukan. Portfolio kementerian sahaja sudah berbeza peranan apatah lagi idea, cadangan dan usaha penubuhan kedua institusi itu telah dibuat lebih awal lagi sebelum Anwar menyertai kerajaan.

Nama Anwar hanya dimasukkan dalam sejarah UIA dan Bank Islam setelah institusi berkenaan telah berjaya ditubuhkan.

3. Pakaian sekolah menutup aurat

Institut Berakan pada 1977 di Terengganu antara sekolah yang pertama memperkenalkan pemakaian tutup aurat tetapi telah diarahkan tutup oleh Kerajaan Barisan Nasional pada ketika itu.

Namun begitu sudah mula ada kesedaran mengenai hukum menutup aurat dalam masyarakat Islam. Berikutan ada permintaan dan desakan ibu bapa untuk anak memakai pakaian menutup aurat maka pihak kerajaan mula mempertimbangkannya.

Pakaian sekolah yang menutup aurat bukanlah dimulakan oleh Anwar sebaliknya pekeliling mengenai kebenaran pelajar memakai pakaian menutup aurat seperti pelajar lelaki berseluar panjang dan pelajar perempuan memakai tudung telah dibenarkan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983 (bertarikh 9 Mac) 1983 Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada masa ini Anwar bukanlah Menteri Pelajaran.

4. Demonstrasi Baling

Demonstrasi pada 1974 bukanlah diperjuangkan oleh Anwar atau sebagai Ketua Demonstrasi sebagaimana yang dipercayai ramai sebaliknya Anwar adalah antara pemidato jemputan dalam demonstrasi itu dan ditahan ISA kerana terdapat hasutan menimbulkan huru-hara bagi menjatuhkan kerajaan dengan eksploitasi cerita palsu kematian orang miskin Baling.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...