Ramai lagi ahli Umno Putrajaya nak berhijrah – Tun Faisal


(Suara TV) – Tun Faisal Aziz menyatakan kesediannya membantu Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin untuk mengukuhkan lagi kedudukan Perikatan Nasional (PN) di kawasan pusat pentadbiran negara itu

Beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Umno Putrajaya yang kini ahli Bersatu mendakwa, lebih ramai lagi ahli Umno Putrajaya dan ahli Umno di seluruh negara yang ingin berhijrah.

Jangka Tun Faisal, mereka hanya menunggu masa dan ketikanya kerana Umno hari ini tidak lagi mewakili suara Melayu Islam di negara ini, malah sudah tersasar jauh daripada perjuangan asalnya.

“Terima kasih Datuk Dr Radzi Jidin, alhamdulillah. Terima kasih kerana menerima penghijrahan saya, terima kasih juga kerana turut mempermudahkan segala urusan.

“Insya-Allah, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu Datuk dan rakan-rakan Bersatu serta PAS di Putrajaya bagi mengukuhkan lagi Bersatu dan PN di sini dengan segala pengalaman dan pengetahuan yang ada.

“Saya percaya ada lebih ramai lagi ahli Umno Putrajaya dan ahli Umno di seluruh negara yang ingin berhijrah, dan mereka hanya menunggu masa dan ketikanya kerana Umno hari ini tidak lagi mewakili suara Melayu Islam di negara ini, malah sudah tersasar jauh daripada perjuangan asalnya.

“Semoga Allah rahmati dan permudahkan usaha kita untuk menyambung semula agenda penyatuan ummah dan permuafakatan nasional yang telah disabotaj dan digagalkan oleh kumpulan tertentu di dalam Umno,” kata beliau.

Tun Faisal berkata demikian membalas hantaran Facebook Radzi yang mengalu-alukan penyertaannya ke dalam parti Bersatu.

 



Comments
Loading...