Tun M, bekas dua menteri kewangan perlu jawab isu kehilangan aset Umno


(Malaysia Post) – BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin serta Tan Sri Nor Mohamed Yakcop digesa supaya menjelaskan dakwaan berhubung kehilangan aset UMNO sebanyak RM100 bilion.

Ia susulan pendedahan pengendali laman blog MalaysiaToday, Raja Petra Kamarudin bahawa, Dr Mahathir, Daim dan Nor kini bertelagah berhubung isu kehilangan aset UMNO yang berjumlah sekitar RM100 bilion.

The Untold Story Of Umno’s Stolen Assets

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, berkata rakyat khususnya ahli UMNO berhak untuk mengetahui cerita sebenar berhubung pendedahan Raja Petra itu.

“Sudah pasti pendedahan Raja Petra itu merupakan sesuatu yang serius, perlu kepada penjelasan daripada tiga bekas pemimpin UMNO ini. Kerana isu ini berlaku ketika era Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

“Saya kira orang ramai khususnya ahli UMNO perlu diberi penjelasan oleh tiga bekas pemimpin ini. Bagi saya ini adalah sesuatu yang serius dan melibatkan dana yang besar.

“Walaupun pendedahan ini agak kontroversi, namun bagi saya tiga individu berkenaan perlu tampil menjelaskan kerana ia membabitkan kepentingan awam, apatah lagi jumlahnya yang begitu besar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beberapa hari lalu, Raja Petra dalam satu video mendakwa Dr Mahathir, Daim dan Nor kini bertelagah berhubung kehilangan aset UMNO yang bernilai kira-kira RM100 billion.

Katanya, aset bernilai RM100 bilion itu termasuk dalam bentuk tunai kini didakwa hanya tinggal sekitar RM500 juta.

Jelas Raja Petra, isu aset milik UMNO bukanlah rahsia, malah banyak buku telah mendedahkan mengenai aset serta pelaburan UMNO.

Apatah lagi dengan pendedahan yang dibuat oleh Tan Sri Halim Saad dalam suratnya kepada Dr Mahathir berhubung aset dan pelaburan UMNO yang diurusnya sebelum ini.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...