Motif JoGhani Terajui 1MDB Task Force untuk Kaut Untung


Hal yang Anwar sembunyikan ialah penyelesaian ini diusahakan oleh Dato’ Seri Hishammuddin Hussein Onn yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga diraja Abu Dhabi.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Bahagian 5

Dalam memorandum Kementerian Kewangan yang didedahkan dalam Bahagian 4 (baca di link di bawah), jelas bahawa JoGhani tidak berbuat sesuatu bagi tujuan menyelesaikan masalah negara. Sebenarnya, JoGhani nak kaut keuntungan sebanyak US$30 juta (RM140 juta). Itulah sebabnya JoGhani beriya-iya menyerang Penyelesaian Goldman Sachs. Banyak cerita yang JoGhani lepaskan kepada media dapat dilakukan olehnya kerana JoGhani berkuasa ke atas Media Prima.

Banyak perkara yang JoGhani bangkitkan adalah palsu. JoGhani telahpun mendapat surat dari Lembaga Pengarah 1MDB dan SRC yang menjelaskan sebab sepenuhnya prinsip dan kaedah Penyelesaian Goldman Sachs. Ini disembunyikan oleh JoGhani bagi tujuan politik untuk memberikan gambaran bahawa walaupun Najib menyebabkan kerugian kepada 1MDB, tetapi, kerugian itu menjadi lebih besar semasa penyelesaian. Ini adalah palsu.

1. Peristiwa 1MDB-Goldman Sachs Yang Kerajaan Malaysia Rahsiakan

2. Skandal 1MDB: Senjata Menjatuhkan Kepimpinan Melayu

3. Senjata Politik PH-BN Adalah Fitnah

4. Membunuh Karakter Muhyiddin Untuk Menyelamatkan Najib

5. Kenapa JoGhani Menyerang Penyelesaian Goldman Sachs?

Sikap pemimpin UMNO seperti JoGhani yang cuba mengaut keuntungan dalam jawatan yang mereka pegang masih dan akan terus berlarutan selagi penyangak UMNO duduk dalam kerajaan gabungan dengan PH. Ini amatlah memalukan apabila Anwar Ibrahim melantik JoGhani yang merupakan orang yang telah cover up kes 1MDB semasa JoGhani menjadi MKII. Ini menimbulkan kecurigaan apakah sebenarnya motif Anwar melantik JoGhani jika bukan dengan tujuan untuk merosakkan kes pemulihan aset yang dikendalikan oleh 1MDB Task Force dengan jayanya.

Yang paling mendukacitakan ialah apabila Peguam Negara berdiam diri tidak menceritakan fakta yang sebenar sedangkan Peguam Negara memimpin rundingan dengan Goldman Sachs. Kebisuan Tengku Zafrul Tengku Aziz yang merupakan Menteri Kewangan ketika itu amatlah jelas satu percaturan politik kerana Tengku Zafrul adalah bendahari UMNO Selangor yang kalah semasa PRU-15. Tapi, Tengku Zafrul kini menjadi Menteri dalam Kabinet Anwar. Anwar akan mempergunakan Tengku Zafrul sebagaimana Anwar telah mempergunakan Peguam Negara dan SPRM untuk menyeret Muhyiddin Yassin dengan kes Mahkamah bagi mencemarkan nama Muhyiddin. Ini dilakukan supaya pengundi Melayu tidak lagi menyokong Muhyiddin/BERSATU pada 6 PRN yang akan datang.

Anwar pula telah membuat kenyataan yang bohong. 1MDB Task Force yang merundingkan Penyelesaian Goldman Sachs dianggotai oleh AGC, MOF, BNM, SPRM, NFCC, SC. Ini adalah 1MDB Task Force yang sama yang juga merundingkan Penyelesaian IPIC. Amatlah aneh apabila Anwar mengkritik 1MDB Task Force semasa pentadbiran Muhyiddin sebagai tidak cekap dan tidak berpengalaman sedangkan ia adalah 1MDB Task Force yang sama yang memungkinkan Anwar membuat pengumuman seolah dia beroleh kejayaan pada 27.2.2023.

Anwar ini muka tak malu. Adalah mustahil tak sampai sebulan dia jadi PM, tiba-tiba kes IPIC selesai. Faktanya ialah kes IPIC telah dirundingkan hampir dua tahun. Masalah IPIC timbul apabila JoGhani pada tahun 2017 sebagai MKII telah membuat Malaysia menandatangani penyelesaian dalam abitrasi di UK. Penyelesaian tersebut amat merugikan Malaysia dan ini berlaku semasa JoGhani merupakan MKII.

Apabila kerajaan PH pertama kali menjadi kerajaan, usaha telah diambil untuk mencabar penyelesaian yang dibuat semasa JoGhani adalah MKII. Pada 2021, setelah 1MDB Task Force mencapai kejayaan dalam Penyelesaian Goldman Sachs, Penyelesaian AmBank, Penyelesaian Deloitte dan Penyelesaian KPMG yang berjumlah RM 20 bilion, pihak IPIC telah memulakan rundingan mencari penyelesaian.

Hal yang Anwar sembunyikan ialah penyelesaian ini diusahakan oleh Dato’ Seri Hishammuddin Hussein Onn yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga diraja Abu Dhabi. Kerangka terma penyelesaian telahpun dipersetujui di mana pihak Abu Dhabi bersetuju membuat bayaran tunai dan membuat pelaburan di Malaysia. Penyelesaian ini berhasil apabila Yang di-Pertuan Agong telah bertemu dengan Perdana Menteri Abu Dhabi yang merupakan rakan persekolahannya. Terma muktamad diusahakan oleh Tengku Zafrul apabila berjaya menaikkan jumlah bayaran tunai dari USD1.5 bilion kepada USD1.8 bilion sebagai ganti indemniti yang diminta oleh Malaysia.

Oleh itu, pengumuman oleh Anwar pada 27.2.2023 amatlah memalukan kerana tidak memberikan kredit kepada pihak-pihak yang mengusahakan penyelesaian tersebut. Sebaliknya, Anwar mengambil kredit seolah-olah dia yang mengusahakan penyelesaian itu. Jika dilihat gambar-gambar yang diedarkan oleh media, ia hanya menunjukkan pihak Malaysia dengan peguam baru mereka di pejabat PM. Tidak pula diceritakan tentang mesyuarat rundingan yang dijalankan berbulan-bulan di Abu Dhabi dan di London.

Cukuplah setakat ini cerita JoGhani dan Anwar Ibrahim yang bermain sandiwara berkenaan Penyelesaian Goldman Sachs dan IPIC. Konco-konco JoGhani telah melepaskan cerita kepada CNA Singapura berkenaan Penyelesaian Goldman Sachs dengan memetik sumber dekat kerajaan. Ini adalah taktik sama yang digunakan dalam semua pembunuhan karakter terhadap pemimpin BERSATU baru-baru ini.

Rakyat Malaysia akan lebih terkejut apabila mendengar nanti The Untold Story of The AmBank Settlement. Ini akan didedahkan sedikit masa lagi.

 



Comments
Loading...