MB Kedah pertahan ucapan, bangkitkan kes liwat dan pengampunan Anwar


Muhammad Sanusi Md Nor dalam penyataan pembelaannya berkata, beliau hanya memberitahu fakta sebenar berdasarkan dokumen penghakiman yang boleh didapati secara umum.

(MALAYSIA NOW) – Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mempertahankan kenyataannya terhadap Anwar Ibrahim yang dibuat semasa pilihan raya umum tahun lepas, dengan memetik dokumen dan penghakiman mahkamah mengenai kes jenayah lampau membabitkan perdana menteri.

Sanusi didakwa berkaitan ucapannya yang merujuk kepada dua sabitan liwat terhadap pemimpin PKR itu.

PENYATAAN PEMBELAAN DEDENDAN: ANWAR IBRAHIM LAWAN MUHAMMAD SANUSI MD NOR (BACA DI SINI)

Anwar, dalam penyataan tuntutannya, berkata ucapan Sanusi menuduhnya mengambil rasuah, hipokrit, memanipulasi dan penjenayah walaupun pengampunan diraja membatalkan sabitan liwatnya.

Presiden PKR itu menjalani hukuman penjara empat tahun sebelum dibebaskan beberapa hari selepas Pilihan Raya Umum 2018.

Sanusi berkata kenyataannya berdasarkan pengetahuan am tentang pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar pada 1999, setahun selepas pemecatannya daripada kerajaan oleh perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...