Pegawai SPRM yang ditugas untuk “fix-up” Muhyiddin Yassin


Majlis Peguam: Siasat 5 pegawai SPRM cuai sebabkan kematian Teoh
Diterbitkan: Aug 5, 2011

(Malaysiakini) – Tidak seperti Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasatan (RCI) yang mendapati Teoh Beng Hock membunuh diri akibat disoalsiasat yang agresif dan berterusan, Majlis Peguam pula mengesyorkan kepada panel RCI supaya lima pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat kerana menyebabkan kematian (homicide).

Lima pegawai itu ialah bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim; ketua bahagian siasatan SPRM Selangor, Hairul Ilham Hamzah; pegawai penyiasat Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus serta penolong pegawai penguatkuasa SPRM Klang, Zulkefly Aziz.

RCI hanya mengaitkan tiga orang pegawai – iaitu Hishamuddin, Anuar dan Ashraf. Manakala Majlis Peguam mengesyorkan lima orang pegawai disiasat mengikut seksyen 304A atas dakwaan menyebabkan kematian Teoh melalui kecuaian.

Syor Majlis Peguam itu terkandung dalam hujahan bertulis setebal 337 halaman kepada panel RCI yang dipaparkan di lamanwebnya untuk tatapan ahli-ahli Bar Malaysia hari ini. Ini dibuat ekoran mesyuarat yang berlangsung tadi untuk membincangkan perkara tersebut.

Majlis itu juga mahu pihak berkuasa untuk menyiasat 10 pegawai SPRM, termasuk lima orang tersebut, atas konspirasi jenayah di bawah seksyen 120A Kanun Keseksaan.

Ia juga mencadangkan 10 pegawai disiasat kerana bersubahat atau cuba bersubahat dalam kematian atau menyembunyikan kematian Teoh.

Selain itu, ia juga mencadangkan 10 pegawai disiasat kerana memberikan keterangan palsu dan mereka keterangan di bawah seksyen 191 dan 192 Kanun Keseksaan.

Teoh ditemui mati ketika ditahan semalaman di ibupejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam di Shah Alam 16 Julai 2009.

Pegawai SPRM kes Beng Hock naik pangkat
Diterbitkan: Nov 17, 2014

(Malaysiakini) – Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang mengetuai siasatan yang menyaksikan kematian pembantu politik Teoh Beng Hock, dinaikkan pangkat.

Menurut jawapan parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata, Mohd Anuar Ismail, pegawai penyiasat gred 44 semasa insiden 2009, kini menjawat jawatan gred 48.

Bagaimanapun, dua lagi pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan itu – Hishammuddin Hashim dan Mohd Ashraf Mohd Yunus – masing-masing kekal dengan gred 54 dan 29.

Tarikh kenaikan pangkat Mohd Anuar tidak dinyatakan.

Jawapan itu dikeluarkan ekoran soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) yang ingin tahu berhubung status tiga pegawai itu.

Saksi utama SPRM

 



Comments
Loading...