BERSATU TERIMA DANA PILIHANRAYA RM4.5 BILION?


Tular cerita seorang CEO syarikat yang juga Timbalan Ketua Bahagian BERSATU ditahan reman oleh SPRM untuk membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan RM92.5 bilion dana pakej rangsangan ekonomi. Cerita yang tersebar mengatakan antara 3% – 5% daripada dana ini disalurkan ke dalam akaun parti BERSATU.

Maka spekulasi dibuat kononnya BERSATU telah menerima RM4.5 bilion wang rasuah. Jadi benarlah BERSATU berbelanja besar semasa PRU15 hasil wang haram dan benarlah juga dakwaan PMX yang dana pakej rangsangan ekonomi semasa Covid telah diseleweng.

Tunggu dulu. Jangan cepat sangat melatah.

Pertama, benar yang ditahan reman itu adalah seorang Timbalan Ketua Bahagian BERSATU. Tetapi benarkah beliau disiasat kerana menerima rasuah projek bernilai RM92.5 bilion? Projek apa yang nilainya sebesar itu? Adakah ia sebahagian daripada dana pakej rangsangan ekonomi semasa Covid atau projek lain? Tidak ada sebarang kenyataan daripada SPRM berhubung projek apa dan berapa nilai projek.

Oleh kerana SPRM belum membuat sebarang kenyataan, kita boleh rujuk beberapa sumber. Kita boleh lihat laporan LAKSANA mengenai 8 Pakej Rangsangan Ekonomi. Laporan ini ada dalam website MOF. Ada tak projek bernilai RM92.5 bilion yang boleh disakau?

Bekas Menteri Kewangan yang juga Menteri MITI sekarang kata tiada penyelewangan dana 8 Pakej Rangsangan Ekonomi. Katalah kita terima kenyataan bekas Menteri Kewangan ini. Mungkin orang yang ditahan reman itu ada kaitan dengan projek lain.

Kalau projek lain yang tiada dalam pakej rangsangan ekonomi, peruntukannya mestilah telah ada dalam Bajet. Katakanlah “kesalahan rasuah” itu dilakukan semasa kerajaan PN memerintah iaitu pada tahun 2020 hingga 2021. Maka kita boleh lihat Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2020 dan 2021.

Projek kerajaan menggunakan peruntukan pembangunan. Dalam Bajet 2020, peruntukan pembangunan adalah sebanyak RM56 bilion dan dalam Bajet 2021 peruntukannya adalah sebanyak RM71 bilion. Jumlah peruntukan pembangunan dalam kedua-dua Bajet ini ialah RM127 bilion.

Kalau Timbalan Ketua Bahagian BERSATU yang dikatakan orang kanan Tan Sri Muhyiddin ini sakau projek bernilai RM92.5 bilion, bermakna dia control 72.8% daripada peruntukan pembangunan untuk tahun 2020 dan 2021. Katakanlah purata satu projek bernilai RM250 juta, bermakna dia control 370 projek. Power gila mamat ni!

Jho Low pun urus dana RM42 bilion saja yang melibatkan hanya satu syarikat iaitu 1MDB. Dia pula control dana RM92.5 bilion yang melibatkan 370 syarikat yang mendapat kontrak kerajaan. Jadi, dia 370 kali ganda lebih power daripada Jho Low!

Benarkah begitu?

Jadi, perlu dipastikan dahulu dia direman atas dakwaan rasuah projek apa? Berapa nilai projeknya? Betulkah dia terima wang rasuah, berapa nilai suapannya dan adakah wang itu dimasukkan ke dalam akaun BERSATU?

Kita hanya akan tahu jawapannya setelah SPRM selesaikan siasatan. Sebelum itu, kita jangan melatah dahulu.

Kedua, jika benar BERSATU menerima wang rasuah sebanyak RM4.5 bilion, maka siasatannya bukanlah susah. Menurut ceritanya, wang rasuah itu disalurkan ke dalam akaun parti. Jadi, semaklah akaun BERSATU ada tak wang RM4.5 bilion?

Oh, mungkin ada yang kata takkan BERSATU simpan duit rasuah dalam akaun parti. Ok, kalau ya pun begitu, simpan duit tu dalam akaun siapa? Akaun Tan Sri Muhyiddin? Akaun Peja? Akaun Hamzah Zainuddin? Semaklah akaun-akaun pemimpin BERSATU ini ada tak wang RM4.5 bilion?

Ketiga, katakanlah kita jangan lihat jumlah. RM4.5 bilion itu jumlahnya terlalu besar dan mengurus penerimaan “wang rasuah” sebanyak itu daripada 370 syarikat tentunya tak mudah, walaupun taklah mustahil.

Katalah jumlahnya RM1 bilion atau RM500 juta atau RM50 juta. Apa kedudukan undang-undang mengenai pendanaan politik atau political funding?

Sehingga kini tidak ada satu undang-undang yang mengawal pendanaan politik. Yang paling hampir ialah keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes rasuah bekas Bendahari UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor (Ku Nan). Mahkamah Rayuan membebaskan Ku Nan daripada pertuduhan rasuah setelah beliau membuktikan wang RM2 juta yang diperolehi daripada seorang ahli perniagaan adalah untuk tujuan dana politik UMNO bagi membiayai PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar pada tahun 2016.

(https://www.sinarharian.com.my/article/150310/berita/semasa/ku-nan-bebas-kes-rasuah-rm2-juta)

Jika benar sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaun BERSATU dan wang itu dibelanjakan untuk tujuan pilihanraya, bukankah itu dana politik sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Ku Nan? Samada jumlahnya RM2 juta atau RM50 juta, ianya adalah dana politik.

Kalau Ku Nan bekas Bendahari UMNO didapati tidak bersalah kerana wang yang dimasukkan ke dalam akaun sebuah syarikat yang dia berkepentingan dibelanjakan untuk membiayai pilihan raya kecil, takkanlah wang yang dimasukkan terus ke dalam akaun BERSATU – bukan akaun mana-mana pemimpin BERSATU – untuk membiayai pilihan raya umum dikatakan menyalahi undang-undang pula?

Melainkanlah didapati wang ini digunakan untuk bayar kad kredit bagi perbelanjaan peribadi pemimpin parti atau membeli aset milik peribadi isteri pemimpin parti, maka ia bukan lagi dana politik yang dibenarkan oleh undang-undang.

Oh ya, bercakap mengenai dana politik yang dimasukkan ke dalam akaun parti, bekas Perdana Menteri ke-6 yang juga bekas Presiden UMNO, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, pernah berucap mengenainya di Majlis Perasmian Program Pegawai Integriti Bertauliah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 27 Februari 2012. Dia kata begini:

Salah satu daripada pandangan dan saranan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Mencegah Rasuah dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM adalah berkaitan isu Dana Politik.

 Bagi pihak Kerajaan, saya menganggap isu ini amat penting kerana jika tiada suatu dasar yang tepat, telus dan jelas mengenainya maka ia boleh membuka ruang dan peluang kepada perlakuan rasuah.

 Sebagai langkah proaktif, demi meningkatkan ketelusan dan keyakinan rakyat terhadap pertubuhan-pertubuhan politik di negara ini, Kerajaan akan memperkenalkan satu lagi inisiatif di bawah GTP yang bagi tujuan mengawal “Political Financing”. Inisiatif ini akan memberi penekanan bahawa setiap sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik sama ada di peringkat pusat mahupun negeri hendaklah disalurkan melalui akuan rasmi parti. Ini bagi mengelakkan ahli-ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan persendirian.

 Setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah dikemukakan resit penerimaan dan dimasukkan ke dalam akaun parti. Menerusi rekod penerimaan yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap akhir tahun kewangan.

 (https://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=najib&id=4126 )

 Hasil daripada ucapannya ini, Laporan Program Transformasi Kerajaan 2013 mengenai inisiatif anti-rasuah memasukkan hal mengenai pendanaan politik pada halaman 132 (versi Bahasa Inggeris):

The changes to the legislation will now prevent middlemen from transferring funds meant for political parties through the measures specified below:

  1. All political financing meant for political parties must be held in party accounts, not individual accounts.
  1. The immediate issuance of receipts upon receiving contributions to political parties will be mandatory.
  1. All donations must be properly recorded and accounted in detail according to Generally Accepted Accounting Standards. Party acconts are to be externally audited.
  1. When donations are collected or held by third parties on behalf of political societies, all funds must be transferred to party accounts within 14 days of collection.

(https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/NTP-Report-2013/GTP_2013_ENG_Report.pdf )

Perkara ini disebutkan hanya sebagai peringatan kepada juak-juak UMNO yang sedang bersuka ria melalak kepada BERSATU. Janganlah kuat sangat melalak. Yang kononnya dana politik RM2.6 bilion tu dimasukkan ke dalam akaun parti UMNO atau akaun peribadi Najib?

 



Comments
Loading...