Mahkamah lepas, bebaskan Azeez dalam kes rasuah, gubah wang haram


Permohonan beliau untuk mengubah perintah Mahkamah Sesyen September lalu kepada pembebasan penuh dibenarkan pesuruhjaya kehakiman.

(MalaysiaNow) – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan bekas Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim bagi tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah.

Pada 23 September lalu, beliau  dilepas tanpa dibebaskan oleh hakim Mahkamah Sesyen selepas pendakwaan memohon beliau dilepas tanpa dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Acara Jenayah atas alasan representasi tertuduh dipertimbangkan dan memerlukan siasatan lanjut.

Bagaimanapun, pesuruhjaya kehakiman Azhar Abdul Hamid hari ini membenarkan permohonan Azeez untuk mengubah perintah Mahkamah Sesyen (DNAA) kepada pembebasan penuh, selepas timbalan pendakwa raya Nik Haslinie Hashim tidak mengemukakan sebarang bantahan.

“Tertuduh kini dilepas dan dibebaskan,” katanya.

Read more here



Comments
Loading...