Mengkritik senang, buat tak begitu mudah


Tai Zee Kin

Saya menonton wawancara Menteri Salehuddin Ayub di Astro Awani semalam, dan beliau menyentuh tentang cara beliau dan kementerian beliau mengatasi kenaikan harga makanan seperti minyak dan telur.

Dalam wawancara tersebut

1. beliau menekankan bahawa perjumpaan dengan pihak pengeluar minyak makan telah berlaku dan beliau berpuas hati kerana pihak-pihak pengeluar “Sanggup Berjumpa untuk berunding (Ready to talk).

2. Kedua, beliau turut berkongsi pendekatan “dua-peringkat” (two-tier) di mana pengeluar minyak masak boleh sahaja menetapkan harga yang lebih tinggi untuk minyak ekspot.

3. Ketiga, beliau menggunakan istilah “Low-Hanging fruits” (buah-buahan yang mudah tercapai” dan juga komitment untuk meneruskan pelbagai program jualan murah yang dimulakan oleh Kerajaaan sebelum ini.

Saya cuma mampu mengeluh.

Dengan leher yang cukup panjang saya berminat untuk mendengar dasar tunjang kerajaan untuk masalah-masalah yang telah diutarakan dan diwar-warkan oleh Pihak “kerajaan” semasa di bangku pembangkang.

Bertahun sebagai pembangkang yang mewar-warkan isu kos sara hidup, adalah munasabah untuk menjangka bahawa mereka sudah ada sekurang-kurangnya rangka Dasar Tunjang untuk menangani isu-isu tersebut.

Sebagai Contoh, saya berhasrat untuk mendengar YB Menteri Salehuddin memberi pencerahan mengenai

1. Pendekatan Kerajaan Jangka masa panjang dalam menangani isu orang tengah mendapat keuntungan lampau kerana menguasai / monopoli pengeluaran bahan mentah / bahan makanan.

2. Cara Malaysia mengatasi isu kenaikan kos pembekalan makanan akibat peperangan Rusia dan Ukraine. Kedua-dua negara tersebut merupakan pemain Gas Asli besar di dunia, dan Gas Asli pula merupakan salah satu bahan mentah penting untuk produksi Baja. Baja adalah bahan paling penting dalam jaringan dan rangkaian pembekalan makanan dunia.

3. Dasar Kerajaan mengenai Permit Pekerja Warga asing yang sekian lama Malaysia bergantung dalam industri utama makanan. Banyak pekerja-asing yang tidak boleh masuk Malaysia untuk menyambung bekerja selepas endemik akibat ketidaktentuan dan ketidak-seragaman dasar.

4. Kos Pengangkutan – Kos pengangkutan turut memaksa harga makanan menaik. Apakah dasar kerajaan dalam ini.

Dan lain lain lagi.

Mungkin bahagian Dasar Kementerian telahpun membuat kajian dan kemukan penyelesaian.

Kenapa Menteri dan Kerajaan tidak sebut mengenai dasar-dasar tunjang kementerian memandang ini merupakan isu yang ter-paling relevan buat masa sekarang kepada rakyat jelata?

Ada tak kemungkinan bahawa, sebenarnya mereka tiada penyelesaian yang berbeza dengan kerajaan sebelum ini?

Adakah mereka terus bimbang bahawa kalau dasar mereka tidak banyak kelainan daripada yang sebelum ini mereka akan didakwa menipu?

Ataupun, mereka merasa tiada keperluan untuk membuat penjelasan dasar dan cukup sekadar berkongsi “Low Hanging Fruits / yakni Buah-buahan senang tercapai” untuk memuaskan hati semua?

Saya hanya mampu merenung.

https://www.facebook.com/521730305/posts/pfbid02vY85CrDB3FD2F4iLYxSbkCSKY2xXxi1LeKfsYQrrQaRADsKG3YVw53LNstc6nz8Tl/?sfnsn=mo&mibextid=6aamW6

 



Comments
Loading...