Umno bergabung dengan Pakatan Harapan: Zahid salahkan Agong


(Malaysia Now) – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua 30 ahli Parlimen gabungan itu supaya menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional (PN) ketika kemuncak kemelut politik yang melanda negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November lalu.

Dalam sebuah kenyataan, Zahid berkata ia adalah demi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk selepas sebelumnya membuat untuk berkecuali dan menyerahkan kepada kebijaksanaan Agong untuk menentukan keputusan akhir.

“Hal ini berlaku selepas Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua 30 ahli Parlimen BN supaya menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan yang bukan diterajui oleh PN.

“Maka BN menjunjung titah tersebut dan meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan individu dan parti.

“BN tidak mahu berpolitik sepanjang masa dan ingin memfokuskan masalah ekonomi rakyat yang perlu ditangani bersama,” katanya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...