Siapakah Yang Mendapat Hak Pertama Untuk Membentuk Kerajaan. Jalan Menuju Ke Hadapan


Malaysia Today

Parti politik Malaysia telah menemui jalan buntu. Kepimpinan pelbagai parti politik tidak dapat mencapai kata sepakat sesama mereka untuk mencadangkan seorang calon Perdana Menteri.

Apa masalahnya?

Masalah ini timbul kerana Barisan Nasional dengan 30 orang calonnya jelas sedang berpecah belah. Sebagai sebuah parti politik, Majlis Tertingginya telah membuat keputusan untuk tidak terlibat dalam kerajaan dan ahli parlimennya telah menyatakan hasrat mereka untuk mematuhi arahan itu.

Kedua, Presiden parti mereka telah terang-terangan berbohong kepada Istana. Ini menjadi jelas apabila pemimpin-pemimpin parti komponennya dengan tegas dan sebulat suara telah menyatakan bahawa Presiden Barisan Nasional telah mengambil pendirian yang tidak konsisten dengan keputusan Majlis Tertingginya. Majlis Tertinggi mereka telah memutuskan bahawa mereka berhasrat untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan ataupun Perikatan Nasional. Ahli individu mereka telahpun bersetuju dengan pendirian ini. Ini bermakna 30 ahli daripada Barisan Nasional tidak boleh dipertimbangkan atau diambil kira dalam sebarang kiraan untuk sokongan majoriti dalam Dewan.

Akibatnya tiada satu parti pun boleh membentuk majoriti mudah.

Adakah terdapat sebarang cadangan untuk mengatasi masalah ini?

Terdapat beberapa cadangan untuk membenarkan seorang calon membentuk Kerajaan dan kemudian membenarkan calon tersebut untuk cuba membina gabungan.

Hujah ini adalah bersandarkan kepada konvensyen parlimen United Kingdom yang mencadangkan bahawa pemimpin parti yang mempunyai kerusi terbanyak harus diberi hak untuk membentuk kerajaan.

Patutkah Konvensyen itu diguna pakai di Malaysia?

Konvensyen itu secara keseluruhannya tidak boleh digunakan di Malaysia. Terdapat kesukaran yang serius dengan penerapan konvensyen ini.

Pertama, di United Kingdom, sebahagian dari konvensyen dalam parlimen tergantung ialah penyandang perdana menteri biasanya diberi peluang pertama untuk membentuk kerajaan.

(Lihat contoh: Guidance on Hung Parliaments from the United Kingdom Parliament. https://www.parliament.uk/about/how/elections-and-voting/general/hung-parliament/)

Ini kerana United Kingdom pada asasnya ialah sistem dua parti (Buruh dan Konservatif (‘Labour and Conservative’)) dengan beberapa parti yang lebih kecil (Unionist Democratic Party / Liberal Democrats). Malaysia pula mempunyai gabungan beberapa parti politik (Barisan – UMNO /MCA / MIC atau Perikatan – Bersatu / PAS atau Harapan – PKR / DAP / Amanah). Sebelum ini, gabungan parti-parti ini biasanya membentuk gabungan lanjut dengan parti-parti yang lebih kecil. Tidak ada gunanya meminta penyandang perdana menteri Malaysia untuk membentuk Kerajaan kerana beliau tidak mungkin akan dapat membentuk kerajaan memandangkan partinya hanya mempunyai 30 kerusi di Parlimen. Oleh itu, tidak ada peluang untuk beliau membentuk kerajaan.

Kedua, cara konvensyen ini diterapkan di United Kingdom tidak konsisten dengan amalan di Malaysia sejak 2018. Di United Kingdom, adaiannya ialah semua ahli yang membentuk dua gabungan parti terbesar akan mengundi secara konsisten dan jemputan akan dipanjangkan kepada pemimpin parti yang mempunyai kerusi terbanyak, kerana asasnya adalah berpaksikan sistem dua parti (‘two-party system’). Ini bukanlah konvensyen di Malaysia, jika terdapat keraguan, Istana telah meminta setiap individu Parlimen untuk menyediakan akuan berkanun yang ditandatangani untuk menentukan niat mereka termasuk mengadakan temu bual dengan individu ahli Dewan.

Apakah ujian yang akan digunakan?

Di Malaysia, terdapat perlembagaan bertulis. Keperluannya adalah untuk calon meyakinkan YDPA bahawa beliau adalah seseorang yang “pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu.” Ini adalah ujian spesifik.

Ujian ini tidak boleh dipenuhi dengan hanya memilih parti yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak. Terdapat dua sebab untuk ini.

Pertama, ujian memerlukan seseorang yang “pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu”. Ia tidak membuat andaian bahawa parti yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak berkemungkinan menguasai kepercayaan majoriti ahli dewan. Itu hanya terpakai dalam sistem dua parti seperti di United Kingdom.

Adalah mustahil dalam politik gabungan Malaysia bahawa satu parti (atau gabungan) secara individu mempunyai bilangan kerusi terbesar tetapi gabungan parti yang lebih kecil (dengan bilangan kerusi individu yang lebih kecil) secara kolektifnya boleh melebihi satu parti yang lain dan membentuk majoriti.

Kedua, dengan hanya memilih parti yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak adalah tidak konsisten dengan konvensyen di Malaysia untuk menguji kehendak setiap ahli parlimen melalui akuan berkanun dan temu bual.

Konvensyen Malaysia, sebaliknya, adalah selaras dengan keperluan Perlembagaan Persekutuan untuk menentukan siapa yang “pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan itu”.

Perlu diingatkan bahawa kedua-dua pesaing utama untuk jawatan itu memperolehi bilangan mereka daripada gabungan parti-parti komponen.

Apakah jalan ke hadapan?

Jalan ke hadapan adalah untuk memberikan calon yang boleh menunjukkan bahawa dia berkemungkinan besar mendapat sokongan bilangan terbesar ahli dewan hak pertama untuk membentuk kerajaan dan membiarkan calon itu cuba mendapatkan sokongan majoriti ahli Dewan.

Itu adalah pengubahsuaian konvensyen UK yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan konvensyen di Malaysia.

Dengan ini, jelaslah bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin (“TSMY”) harus diberi peluang pertama untuk membentuk kerajaan dan bukannya Dato’ Seri Anwar Ibrahim (“DSAI”). Ini kerana beliau mendapat sokongan sekurang-kurangnya 106 ahli Dewan.

TSMY mendapat sokongan seramai 105 ahli Dewan yang terdiri daripada 73 ahli daripada Perikatan Nasional, 23 ahli daripada GPS, 6 ahli daripada GRS, 2 ahli bebas dan 1 ahli daripada KDM.

DSAI mendapat sokongan sebanyak 86 kerusi ahli Dewan yang terdiri daripada 81 ahli daripada Pakatan Harapan, 1 ahli daripada MUDA, 3 ahli daripada Warisan dan 1 ahli daripada PBM.

Bagi mencapai keputusan ujian tentang siapa yang lebih berkemungkinan dapat sokongan majoriti ahli Dewan, maka peluang pertama harus diberikan kepada TSMY kerana beliau mendapat sokongan daripada bilangan ahli Parlimen yang paling ramai.

 



Comments
Loading...