‘Akan ada pengumuman penting hari ini’ – Zahid Hamidi


“Saya pasti bahawa Perdana Menteri yang mempunyai kuasa menasihati Agong sudah melaksanakan tugasnya.

(Berita Harian) – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi petunjuk akan ada pengumuman penting dibuat kerajaan hari ini, kemungkinan berkaitan pembubaran Parlimen.

Beliau juga mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah mempersembahkan cadangan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Saya pasti bahawa Perdana Menteri yang mempunyai kuasa menasihati Agong sudah melaksanakan tugasnya. Saya fikir bila pun pembubaran itu diumumkan, kami dalam BN sentiasa bersiap siaga.

“Bila pun tarikh yang akan diumumkan, jika pun ia dibubarkan pada hari ini, kami sedia untuk menangkan calon Barisan Nasional. Apa pun yang akan diumumkan personaliti yang berada di luar dari kami ini nanti, tidak akan menenggelamkan (berita) dari kami,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Comments
Loading...