Saksi yang sapu duit, bukan duit itu bagi ke Zahid


(Editor Malaysia) – Hakim YA Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya berkata, menimbulkan kemungkinan rumusan bahawa wang yang dikatakan diserahkan kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya diagih-agihkan sesama saksi. Ketiga-tiga saksi tersebut ialah bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khiun dan Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani serta bekas Pengurus Pentadbiran David Tan Siong Sun.

Selain itu YA Mohd Yazid berkata kehidupan mewah kesemua saksi utama turut menimbulkan keraguan mengenai wang yang didakwa diserahkan kepada Zahid, di mana setiap daripada saksi itu memiliki satu unit hartanah di Pavilion, Wan Quoris juga memiliki seunit banglo di Putrajaya, satu unit kediaman berkembar di Cyberjaya, dua kenderaan Range Rover dan motosikal mewah serta membayar cukai berjuta-juta ringgit.

YA Hakim itu menjelaskan, tanpa bukti sokongan yang kukuh, beliau tidak boleh membuat penemuan bahawa wang berkenaan sebenarnya diterima oleh Zahid, seperti dicadangkan oleh pendakwaan yang hanya berdasarkan transaksi direkodkan dalam lejar melalui tanda nota ‘Z’ dan ‘ZH’, tanpa bukti rekod “money trail“.

Keputusan melalui ketiadaan bukti penerimaan wang oleh tertuduh ini hakikatnya sama dalam kes Datin Seri Rosmah Mansor yang hanya berdasarkan cakap-cakap Rizal Mansor, tanpa bukti “money trail” beliau menerimanya – namun beliau tetap dijatuhkan hukuman bersalah.

Kita berharap keadilan akhirnya dapat ditegakkan dan mereka yang terbabit membuat penganiayaan akan diberi balasan yang setimpal. Jika di dunia boleh terlepas, di akhirat kelak pasti menanggung derita berpanjangan.

 



Comments
Loading...